Ralat Netflix D7361-1254-C0262500

Maaf, kami menghadapi masalah dengan permintaan anda.

Ralat ini boleh berlaku apabila kaedah output video komputer anda, seperti Penyesuai Paparan Wayarles, tidak disokong. Hal ini juga mungkin bermaksud pemacu grafik komputer anda tidak disokong atau perlu dikemas kini kepada versi terkini.

Untuk menyelesaikan masalah:

Jika komputer anda hanya menggunakan paparan terbina dalam sahaja, langkau langkah ini.

  1. Putuskan sambungan peranti output video yang menyambung kepada komputer seperti penyesuai paparan wayarles, monitor atau TV.

  2. Cuba Netflix sekali lagi.

Anda mungkin perlu mengemas kini pemacu video komputer anda atau memasang pemacu video yang disokong oleh Windows 10.

Khidmat Pelanggan Netflix tidak dapat membantu dalam langkah ini. Jika anda keberatan untuk berbuat demikian sendiri, hubungi pengeluar komputer anda untuk mendapatkan bantuan.

  • Jika komputer anda menggunakan kad grafik atau GPU, guna perisian yang dipasang dengan kad untuk mengemas kini pemacu videonya.

    Perhatian:AMD dan NVIDIA merupakan penerbit paling kerap bagi GPU dan perisian GPU.

  • Jika kemas kini tidak berfungsi atau kemas kini tidak tersedia, nyahpasang dan pasang semula pemacu tersebut.

  • Jika tiada pemacu video bagi komputer anda yang disokong oleh Windows 10, cuba mainkan Netflix dengan peranti atau penyemak imbas yang berlainan, seperti Google Chrome, Mozilla Firefox atau Opera.

Artikel Berkaitan