Perhatian: Sesetengah perisian antivirus disertakan dengan VPN yang mungkin telah dihidupkan. Untuk mengetahui lebih lanjut atau mendapatkan bantuan, hubungi penyedia perisian antivirus anda.
Jika anda tidak pasti sama ada VPN dihidupkan, ikut langkah berikut.
Buka penyemak imbas web pada peranti yang disambungkan kepada rangkaian yang sama dengan peranti yang mengalami masalah.
Layari fast.com. Netflix akan memulakan ujian sambungan.
Apabila ujian selesai, klik Tunjukkan maklumat lanjut.
Perhatikan butiran negara di sebelah Klien.
Jika negara tidak sepadan dengan lokasi anda, maka VPN mungkin telah dihidupkan pada peranti atau rangkaian anda. Cuba matikan VPN, kemudian cuba Netflix sekali lagi.
Beberapa perkara untuk diambil perhatian:
Oleh sebab apl dan perkhidmatan VPN disediakan secara berbeza, anda perlu menghubungi penyedia VPN anda jika anda memerlukan bantuan untuk mematikan ciri tersebut.
Jika anda telah mematikan VPN tetapi masalah masih tidak selesai, atau lokasi pada fast.com sepadan dengan lokasi anda, teruskan ke langkah di bawah.