Cara menggunakan Netflix pada TV Philco anda

Rujuk artikel ini untuk mengetahui tentang ciri Netflix pada TV Philco anda serta cara menyediakan dan mendaftar keluar daripada akaun anda. Jika anda tidak pasti sama ada Netflix berfungsi pada peranti anda, ikut langkah dalam bahagian “Sediakan Netflix”.

Netflix tersedia pada banyak peranti Philco.

Ciri penstriman Netflix pada peranti yang disokong termasuk:

Rantau yang disokong
Netflix tersedia di seluruh dunia. Kebanyakan peranti akan berfungsi di tempat yang tersedia dengan Netflix tetapi sesetengah peranti lama hanya akan berfungsi di negara peranti dibeli. Jika anda membuat pertimbangan untuk membeli peranti baharu, rujuk pengeluar untuk mengetahui sama ada peranti tersebut menyokong Netflix di rantau anda.

Navigasi
Pada kebanyakan peranti, anda boleh menyemak imbas pelbagai barisan rancangan TV dan filem, termasuk barisan yang dikhaskan untuk pemilihan Senarai Saya. Setiap baris mewakili kategori (contohnya, komedi, drama, rancangan TV) yang kami tunjukkan kepada anda berdasarkan rancangan yang telah anda tonton. Peranti yang lebih lama mungkin tidak mempunyai barisan kategori tetapi masih membolehkan anda untuk tatal melalui Senarai Saya yang boleh dicipta menggunakan laman web Netflix.

Resolusi
Kebanyakan peranti boleh menstrim Netflix dalam definisi tinggi dengan sambungan Internet yang laju dan akan memainkan Netflix dalam resolusi maksimum yang disokong.

Kawalan ibu bapa
Anda boleh menetapkan kawalan ibu bapa pada profil individu.

Sari kata & audio alternatif
Ketahui cara menghidupkan sari kata, kapsyen tertutup dan audio alternatif (termasuk bunyi keliling 5.1), yang tersedia pada kebanyakan rancangan TV dan filem. Untuk menyemak sama ada audio 5.1 berfungsi pada peranti anda, pergi ke Asli Netflix untuk melihat sama ada terdapat pilihan audio 5.1. Jika tidak, ciri ini tidak berfungsi pada peranti anda. Anda boleh mengubah penampilan sari kata dan kapsyen pada kebanyakan peranti. Peranti yang tidak menyokong penyesuaian akan memaparkan sari kata dan kapsyen dalam penampilan lalai.

Untuk menyambungkan TV Philco anda kepada akaun Netflix anda, pastikan anda berada pada skrin Utama dan ikut langkah di bawah.

  1. Tekan butang Netflix pada alat kawalan jauh anda, atau:

    • Tekan butang Menu pada alat kawalan jauh anda, kemudian pilih TV Pintar, kemudian Netflix.

  2. Pilih Daftar masuk ahli.

  3. Masukkan kata laluan dan e-mel yang dikaitkan dengan akaun Netflix anda.

  4. Pilih Teruskan.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

Untuk daftar keluar daripada akaun Netflix pada peranti anda, ikut langkah berikut.

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

    Perhatian:Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, pergi ke atas dan pilih Tetapan.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, Tetapan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Mulakan Semula, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.

Artikel Berkaitan