Ralat Netflix 1006

Jika anda menghadapi kod ralat 1006, kadangkala masalah ini disertakan dengan mesej berikut:

Terdapat masalah untuk menyambung kepada Netflix. Sila cuba lagi kemudian.

Hal ini biasanya disebabkan sesetengah maklumat yang disimpan pada peranti anda perlu disegar semula. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut bagi peranti anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

  1. Tekan dan tahan butang sisi dan salah satu butang kelantangan pada masa yang sama sehingga gelangsar dipaparkan. Seret gelangsar atas untuk mematikan peranti anda sepenuhnya.

    • Jika gelangsar tidak dipaparkan, tekan dan tahan butang Tidur/Bangun sehingga gelangsar merah dipaparkan, kemudian seret gelangsar.

  2. Selepas 10 saat, tekan butang Tidur/Bangun.

  3. Setelah kuasa peranti anda dihidupkan, cuba Netflix sekali lagi.

Tindakan menyahpasang apl akan memadamkan muat turun tajuk yang disimpan pada peranti anda dan mendaftar keluar anda daripada Netflix.

  1. Pergi ke skrin utama, kemudian ketik dan tahan apl Netflix.

  2. Ketik Alih keluar apl > Padamkan apl > Padam.

  3. Buka App Store dan cari "Netflix".

  4. Ketik Netflix, kemudian ketik ikon awan untuk mendapatkan apl. Anda mungkin perlu memasukkan Apple ID dan kata laluan anda. Jika anda terlupa ID dan kata laluan, ikut langkah Apple untuk menetap semulanya.

  5. Selepas apl dipasang, cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian:Jika anda tidak menemukan apl Netflix selepas mengalih keluarnya, ikut langkah Apple untuk memuat turun semula apl daripada App Store.

  1. Menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com.

  2. Tunggu ujian selesai.

Jika penyemak imbas anda menunjukkan mesej ralat atau laman web tidak dimuatkan, hal ini bermaksud peranti anda tidak menyambung kepada Internet. Anda mungkin perlu menyelesaikan masalah rangkaian rumah anda atau sambungan peranti anda kepada Internet.

  1. Daripada menu utama, cari dan pilih Tetapan.

  2. Tatal ke bawah dan pilih Umum.

  3. Tatal ke bawah dan pilih Tetapkan semula.

  4. Daripada senarai yang terbuka, pilih Tetapkan Semula Tetapan Rangkaian.

  5. Pilih Tetapkan semula.

  6. Selepas peranti dimulakan semula, cari dan pilih Tetapan daripada menu utama.

  7. Pilih Wi-Fi.

  8. Pilih rangkaian keutamaan anda dan daftar masuk menggunakan kata laluan Wi-Fi.

  9. Cuba Netflix sekali lagi.

Artikel Berkaitan