Netflix menyatakan 'Maaf, kami tidak dapat mencapai perkhidmatan Netflix. (-116)'

Jika anda melihat ralat pada telefon atau tablet Android anda yang menyatakan

Maaf, kami tidak dapat mencapai perkhidmatan Netflix. Sila cuba lagi kemudian. Jika masalah berterusan, sila lawati laman web Netflix (-116).

Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Daftar masuk semula

Jika anda menekan OK pada mesej ralat, anda mungkin didaftar keluar daripada peranti anda dan dihantar ke halaman daftar masuk. Jika keadaan ini berlaku, sila daftar masuk semula menggunakan akaun yang sama dan cuba tonton rancangan TV atau filem yang lain. Jika mesej ralat ini dipaparkan semula, teruskan penyelesaian masalah berikut.

Mulakan semula telefon atau tablet Android anda

Matikan dan hidupkan semula peranti anda
  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Sila hubungi pengeluar peranti anda

Hubungi pengeluar peranti
Langkah ini mungkin mengalih keluar apl, data atau tetapan yang disimpan pada peranti anda. Sebelum anda meneruskan proses, pastikan anda menyediakan nama dan kata laluan Wi-Fi anda serta maklumat pendaftaran masuk Netflix.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu menghubungi syarikat yang mengeluarkan peranti anda.

Semasa anda bercakap dengan mereka, minta bantuan mereka bagi langkah-langkah ini. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi untuk menyemak jika langkah tersebut dapat menyelesaikan masalah.

  1. Kemas kini perisian tegar atau perisian peranti anda kepada versi terkini.

  2. Pulihkan peranti anda kepada tetapan asal, sepertimana anda mula-mula mendapat peranti tersebut.

Jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah atau langkah ini tidak berjaya, anda perlu menggunakan peranti lain untuk menonton Netflix.

Artikel Berkaitan