Netflix menyatakan 'Maaf, kami tidak dapat mencapai perkhidmatan Netflix. (-103)'

Jika anda melihat ralat pada TV Amazon Fire anda yang menyatakan

Maaf, kami tidak dapat mencapai perkhidmatan Netflix (-103)

Hal ini biasanya disebabkan maklumat yang disimpan pada peranti anda perlu disegar semula. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Apabila anda mengosongkan data apl Netflix, anda akan didaftar keluar daripada akaun anda. Pastikan anda mempunyai butiran log masuk dan kata laluan anda untuk mendaftar masuk semula.

  1. Tekan butang Laman Utama pada alat kawalan jauh Amazon Fire TV anda.

  2. Pada sebelah kanan skrin, pilih Tetapan .

  3. Pilih Aplikasi.

  4. Pilih Urus Semua Aplikasi Yang Dipasang.

  5. Tatal ke bawah dan pilih Netflix.

  6. Pilih Kosongkan Data.

  7. Cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda menyahpasang Netflix, anda akan didaftar keluar. Pastikan anda mempunyai butiran log masuk dan kata laluan anda untuk mendaftar masuk semula.

Untuk menyahpasang Netflix:

  1. Tekan butang Laman Utama pada alat kawalan jauh Amazon Fire TV anda.

  2. Pilih Tetapan.

  3. Pilih Aplikasi.

  4. Pilih Urus Semua Aplikasi Yang Dipasang.

  5. Pilih Netflix daripada senarai.

  6. Pilih Nyahpasang, kemudian Sahkan.

Untuk memasang semula Netflix:

  1. Tekan butang Netflix pada alat kawalan jauh Amazon Fire TV anda.

  2. Pilih Muat Turun.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Artikel Berkaitan