Ralat Netflix GPS-LEN
Anda mungkin menerima ralat GPS-LEN dengan mesej:
Kami menghadapi masalah untuk mengakses tajuk ini untuk anda buat masa ini. Sila cuba lagi kemudian.
Ralat ini berlaku apabila terdapat masalah dengan data yang disimpan pada peranti anda yang menghentikan Netflix daripada dimainkan.
Untuk menyelesaikan masalah:
Matikan peranti anda. Jika peranti anda mempunyai kabel kuasa, cabut palam peranti anda.
Pastikan peranti anda dimatikan sepenuhnya dan bukan dalam mod tidur atau tunggu sedia.
Biarkan peranti anda dimatikan selama 15 saat.
Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.