Ralat Netflix C1-U7133-1957-205007
Jika anda menghadapi kod ralat C1-U7133-1957-205007 pada komputer Windows 10 anda, biasanya disertakan dengan mesej berikut:
E-mel atau kata laluan salah. Sila cuba lagi.
Hal ini biasanya disebabkan masalah proses daftar masuk. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.
Pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul.
Jika kata laluan anda betul, anda boleh menghantar e-mel tetapan semula kata laluan kepada diri anda (atau tetapan semula melalui peranti mudah alih jika anda telah memberikan nombor telefon anda).
E-mel ini akan memberikan pautan yang akan membolehkan anda mendaftar masuk ke Netflix secara automatik. Anda akan digesa untuk mencipta kata laluan baharu.
Pastikan anda menggunakan pautan tersebut dalam tempoh 24 jam. Jika pautan tamat tempoh, anda boleh menghantar semula e-mel tetapan semula kata laluan kepada diri anda pada bila-bila masa.