Cara menggunakan Netflix pada TV Google anda

Rujuk artikel ini untuk mengetahui tentang ciri Netflix pada TV Google anda serta cara menyediakan dan mendaftar keluar daripada akaun anda. Jika anda tidak pasti sama ada Netflix berfungsi pada peranti anda, ikut langkah dalam bahagian “Sediakan Netflix”.

Netflix tersedia pada TV Google Hisense dan Sony. Ciri penstriman pada peranti yang disokong termasuk:

Rantau yang disokong
Netflix tersedia di seluruh dunia. Kebanyakan peranti akan berfungsi di tempat yang tersedia dengan Netflix tetapi sesetengah peranti lama hanya akan berfungsi di negara peranti dibeli. Jika anda membuat pertimbangan untuk membeli peranti baharu, rujuk pengeluar untuk mengetahui sama ada peranti tersebut menyokong Netflix di rantau anda.

Navigasi
Pada kebanyakan peranti, anda boleh menyemak imbas pelbagai barisan rancangan TV dan filem, termasuk barisan yang dikhaskan untuk pemilihan Senarai Saya. Setiap baris mewakili kategori (contohnya, komedi, drama, rancangan TV) yang kami tunjukkan kepada anda berdasarkan rancangan yang telah anda tonton. Peranti yang lebih lama mungkin tidak mempunyai barisan kategori tetapi masih membolehkan anda untuk tatal melalui Senarai Saya yang boleh dicipta menggunakan laman web Netflix.

Resolusi
Kebanyakan peranti boleh menstrim Netflix dalam definisi tinggi dengan sambungan Internet yang laju dan akan memainkan Netflix dalam resolusi maksimum yang disokong.

Kawalan ibu bapa
Anda boleh menetapkan kawalan ibu bapa pada profil individu.

Sari kata & audio alternatif
Ketahui cara menghidupkan sari kata, kapsyen tertutup dan audio alternatif (termasuk bunyi keliling 5.1), yang tersedia pada kebanyakan rancangan TV dan filem. Untuk menyemak sama ada audio 5.1 berfungsi pada peranti anda, pergi ke Asli Netflix untuk melihat sama ada terdapat pilihan audio 5.1. Jika tidak, ciri ini tidak berfungsi pada peranti anda. Anda boleh mengubah penampilan sari kata dan kapsyen pada kebanyakan peranti. Peranti yang tidak menyokong penyesuaian akan memaparkan sari kata dan kapsyen dalam penampilan lalai.

Untuk menyambungkan TV Google anda kepada akaun Netflix anda, pastikan anda berada pada skrin Utama dan pilih langkah berikut bagi peranti anda.

  1. Tekan butang Semua Apl pada alat kawalan jauh Hisense anda.

  2. Pilih Netflix.

  3. Pilih Daftar masuk ahli.

  4. Masukkan kata laluan dan e-mel yang dikaitkan dengan akaun Netflix anda.

  5. Pilih Teruskan.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Tekan butang Utama pada alat kawalan jauh papan kekunci tanpa wayar.

  2. Pilih Semua Apl.

  3. Navigasi ke apl Netflix dan tekan OK menggunakan kekunci anak panah pada sebelah kiri alat kawalan jauh TV Google Sony anda.

  4. Pilih Daftar Masuk.

    • Jika anda tidak melihat Daftar Masuk, pilih Ya pada skrin Adakah anda ahli Netflix? .

    • Jika anda belum menjadi ahli, sediakan keahlian anda.

  5. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  6. Pilih Teruskan.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

Perhatian:Peranti TV Google generasi pertama dan kedua yang dikeluarkan antara tahun 2012 dan 2014 tidak lagi disokong. Untuk mendapatkan bantuan, sila hubungi pengeluar peranti anda.

Untuk daftar keluar daripada akaun Netflix pada peranti anda, ikut langkah berikut.

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

    Perhatian:Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, pergi ke atas dan pilih Tetapan.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, Tetapan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Mulakan Semula, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Tekan butang Utama pada alat kawalan jauh anda untuk menavigasi ke skrin utama TV Google.

  2. Pilih Semua Apl.

  3. Pilih Tetapan.

  4. Pilih Aplikasi.

  5. Pilih Urus Aplikasi.

  6. Gunakan anak panah arah untuk menatal sehingga anda melihat Netflix, kemudian pilih Netflix.

  7. Pilih Kosongkan Data dan tekan OK apabila digesa.

Artikel Berkaitan