Ralat Netflix O7702-1003

Jika anda menghadapi kod ralat O7702-1003 pada komputer anda, hal ini biasanya terdapat masalah dengan tetapan turbo pada penyemak imbas Opera anda. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

  1. Buka menu Opera.

  2. Pilih Kemas Kini & Pemulihan.

  3. Pilih butang Semak Kemas Kini.

  4. Selepas kemas kini dimuat turun, pilih Kemas Kini.

  5. Cuba Netflix sekali lagi.

Jika kemas kini tidak tersedia atau jika langkah mengemas kini Opera tidak menyelesaikan masalah, teruskan langkah penyelesaian masalah berikut.

  1. Taipkan opera://components dalam bar alamat Opera, kemudian tekan Enter.

  2. Cari Modul Penyahsulitan Kandungan Widevine dan pilih Semak untuk kemas kini.

  3. Apabila status Komponen dikemas kini dipaparkan, cuba Netflix sekali lagi.

  1. Taipkan opera://settings dalam bar alamat Opera kemudian tekan Enter.

  2. Pilih Lanjutan daripada menu di sebelah kiri, kemudian pilih Ciri.

  3. Tatal turun ke Opera Turbo, kemudian togol Dayakan Opera Turbo ke kedudukan mati.

    Perhatian:Opera Turbo hanya tersedia dalam Opera versi 59 dan ke bawah.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan