Netflix menyatakan 'Maaf, kami tidak dapat mencapai perkhidmatan Netflix. (-14)'

Jika anda melihat ralat pada telefon atau tablet Android anda yang menyatakan

Maaf, kami tidak dapat mencapai perkhidmatan Netflix. Sila cuba lagi kemudian. (-14)

Hal ini biasanya bermaksud terdapat masalah dengan sambungan rangkaian anda. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut.

  1. Menggunakan komputer, telefon atau tablet, sambungkan kepada rangkaian atau Wi-Fi sama yang disambungkan kepada peranti yang menghadapi masalah.

  2. Buka penyemak imbas web dan pergi ke netflix.com/clearcookies.

  3. Di bahagian atas kanan, klik Daftar Masuk.

  4. Daftar masuk ke akaun Netflix anda.

    • Jika anda menerima ralat NSEZ-403, hal ini bermakna kami tidak dapat menyambungkan akaun anda kepada Netflix buat masa ini. Cuba lagi kemudian.

    • Jika anda tidak menerima ralat, teruskan ke langkah seterusnya.

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  3. Di bahagian atas kanan, ketik Menu.

  4. Ketik Daftar Keluar, kemudian ketik Daftar Keluar untuk membuat pengesahan.

  5. Daftar masuk semula ke Netflix anda, kemudian cuba lagi.

Jika anda mengosongkan data apl Netflix anda, mana-mana rancangan TV dan filem yang anda muat turun pada peranti anda akan dialih keluar Anda juga akan didaftar keluar daripada akaun anda. Pastikan anda mempunyai kata laluan anda.

  1. Cari apl Netflix pada peranti Android anda.

  2. Ketik dan tahan ikon apl, kemudian ketik Maklumat apl.

  3. Ketik Storan & cache > Kosongkan storan > OK.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian: Langkah sebenar mungkin berbeza bagi peranti anda. Semak manual peranti anda atau hubungi syarikat pengeluar peranti tersebut untuk mendapatkan arahan terkini.

Artikel Berkaitan