Ralat Netflix UI-400
Jika anda mengalami kod ralat UI-400, masalah ini biasanya disebabkan maklumat yang disimpan pada peranti anda perlu disegar semula. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut bagi peranti anda untuk menyelesaikan masalah.
Pergi ke skrin utama Netflix dan tekan butang kembali
pada alat kawalan jauh anda untuk pergi ke menu.
Jika menu berada di bahagian atas: Pergi ke sebelah kiri ikon profil anda, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar, kemudian pilih Ya.
Jika menu berada di sebelah kiri: Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar, kemudian pilih Ya.
Daftar masuk kembali, kemudian cuba Netflix sekali lagi.
Jika peranti anda berada pada skrin ralat:
Pilih Butiran Lanjut.
Pilih Daftar keluar atau Tetapkan semula.
Daftar masuk kembali, kemudian cuba Netflix sekali lagi.
Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan atau Daftar keluar:
Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.
Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.