Tinjauan Pelanggan daripada Netflix

Kami sentiasa berminat untuk mendengar pendapat pelanggan kami! Maklum balas anda membantu kami memahami pendapat pelanggan kami tentang cara kami boleh meningkatkan tawaran produk dan kandungan Netflix.

Untuk mengumpulkan maklum balas anda atau merekrut sekumpulan kecil pelanggan bagi penyelidikan kami secara bersemuka atau secara maya, kami menghantar tinjauan melalui e-mel. Kami tidak akan menjual maklumat pelanggan dan hanya mengumpulkan serta menggunakan maklumat yang anda berikan untuk menjadikan produk kami lebih baik.

Perihal Tinjauan Pelanggan

Sebagai ahli atau bekas ahli Netflix, kadangkala kami akan menghantar e-mel seperti ini kepada anda. Jika anda ingin berhenti menerima e-mel ini, nyahlanggan di sini atau pilih pautan “nyahlanggan” dalam mesej tersebut. Anda juga boleh melawati halaman Tetapan Pemberitahuan dan matikan Jemputan tinjauan & penyelidikan.

Tinjauan kami dihoskan oleh penyedia pihak ketiga. E-mel ini dihantar daripada netflixsurveys@netflix.com, surveys@mailer.netflix.com, surveys@members.netflix.com, info@mailer.netflix.com, info@members.netflix.com atau noreply@netflixpreviewclub.com. E-mel tersebut disertakan pautan ke laman web seperti:

  • www1.netflixsurveys.com

  • www3.netflixsurveys.com


Jika anda telah menerima jemputan tinjauan yang anda syak sebagai pemancingan data, sila majukan kepada phishing@netflix.com.

Lihat Halaman bantuan Privasi dan Keselamatan untuk maklumat tentang lebih banyak topik.

Artikel Berkaitan