Ralat Netflix MSL:5403;

Anda mungkin melihat ralat MSL:5403 pada iPhone atau iPad anda dengan mesej:

Tidak dapat memainkan tajuk. Sila cuba lagi kemudian. (MSL:5403;)

Ralat ini berlaku apabila terdapat masalah dengan data yang disimpan pada peranti anda yang menghentikan Netflix daripada dimainkan.

Untuk menyelesaikan masalah:

  1. Buka Penukar Apl dengan menekan butang Utama sebanyak dua kali. Jika peranti anda tidak mempunyai butang utama, leret ke atas dari bahagian bawah skrin dan tahan.

  2. Leret ke atas pada apl untuk keluar.

  3. Buka apl, kemudian cuba lagi.

Perhatian:Langkah ini mungkin berlainan pada peranti anda. Lawati halaman sokongan Apple untuk mengetahui langkah untuk keluar dan membuka semula apl pada iPhone atau iPad.

  1. Pergi ke skrin utama, kemudian pilih App Store.

  2. Ketik Cari dan masukkan "Netflix".

  3. Dalam senarai, cari dan ketik Netflix, kemudian ketik Kemas Kini. Anda mungkin perlu memasukkan Apple ID dan kata laluan anda. Jika anda terlupa ID dan kata laluan, ikut langkah Apple untuk menetap semulanya.

  4. Apabila kemas kini selesai, cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda telah mencuba langkah di atas dan masih menerima ralat ini, hal ini bermakna akaun anda tidak disambungkan kepada perkhidmatan Netflix. Sila tunggu dan cuba lagi kemudian.

Artikel Berkaitan