Ralat Netflix tvq-pb-101 (E130)
Anda mungkin menerima kod ralat tvq-pb-101 (E130) pada TV atau peranti penstriman TV anda yang menyatakan:
Peranti ini tidak menyokong penstriman tajuk ini.
Anda boleh menonton tajuk ini pada kebanyakan TV dan peranti penstriman TV terbaharu.
Hal ini bermakna peranti anda tidak dapat memainkan sesetengah tajuk Netflix.
Sesetengah peranti lama yang boleh memainkan rancangan dan filem di Netflix tidak menyokong ciri terbaharu seperti penyiaran live atau podcast. Hal ini kerana apl Netflix atau perisian peranti tidak lagi dapat dikemas kini.
Untuk menonton tajuk ini, gunakan peranti terbaharu yang disokong yang bersambung kepada TV anda.