Selesaikan masalah berkaitan dengan kod, pautan atau kata laluan sekali guna untuk daftar masuk atau pendaftaran

Jika anda menghadapi masalah pendaftaran Netflix menggunakan pautan atau masalah untuk mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan kod, ikut langkah dalam bahagian yang paling bersesuaian untuk masalah anda.

Jika anda belum menerima pautan pendaftaran:

  1. Pastikan alamat e-mel anda dimasukkan dengan betul.

  2. Semak folder remeh, spam dan promosi dalam peti masuk e-mel anda.

  3. Jika anda masih tidak menemukan pautan:

    • Pilih Hantar Semula Pautan untuk menghantar pautan semula, atau

    • Pilih Cipta Kata Laluan untuk mendaftar akaun menggunakan kata laluan.

Jika anda belum menerima kod daftar masuk:

  1. Pastikan nombor telefon anda dimasukkan dengan betul.

  2. Pilih Hantar semula kod atau

  3. Pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Gunakan kata laluan untuk mendaftar masuk menggunakan kata laluan sedia ada anda.

Pautan dan kod tamat tempoh 15 minit selepas diminta. Jika anda meminta berbilang pautan/kod, pastikan anda mengklik pautan/kod terkini yang dihantar melalui e-mel/SMS kepada anda.

Jika anda memilih untuk mendaftar masuk menggunakan kata laluan sedia ada anda:

  1. Pilih Daftar Masuk.

  2. Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda dan pilih Teruskan.

  3. Pilih Dapatkan Bantuan untuk mengembangkan menu.

  4. Pilih Gunakan kata laluan.

  5. Masukkan kata laluan anda dan pilih Daftar Masuk.

Perhatian: Walaupun anda memilih untuk mendaftar masuk menggunakan kata laluan, kod daftar masuk akan tetap dihantar melalui e-mel atau SMS.

Berikut ialah senarai mesej ralat yang mungkin anda terima semasa mengklik pautan untuk mendapatkan atau memasukkan kod daftar masuk, berserta penyelesaiannya:

Mesej ralat

Penyelesaian

"Kod salah."

Kod yang anda masukkan tidak sepadan dengan kod yang dihantar atau telah tamat tempoh. Klik Hantar semula kod dan pastikan anda memasukkan kod daftar masuk terkini daripada e-mel atau SMS anda.

"Maaf, kesilapan telah berlaku

Sila gunakan kata laluan anda."

Anda mungkin cuba memasukkan kod daftar masuk terlalu banyak kali. Cuba daftar masuk menggunakan kata laluan anda atau tunggu beberapa minit dan cuba hantar semula pautan/kod daftar masuk.

"Pengguna baharu Netflix? Masukkan alamat e-mel anda untuk bermula atau semak nombor telefon bimbit anda dan cuba lagi."

Kami tidak mengenali alamat e-mel atau nombor telefon yang anda masukkan. Jika anda sudah mempunyai akaun Netflix, pastikan maklumat log masuk anda dimasukkan dengan betul, kemudian cuba lagi. Jika langkah tersebut tidak berjaya, cuba gunakan kata laluan untuk mendaftar masuk ke akaun anda.

"Kami tidak dapat menghantar kod daftar masuk ke (E-MEL/TELEFON). Sila gunakan kata laluan anda atau cuba lagi kemudian."

Kami menghadapi masalah untuk menghantar pautan atau kod daftar masuk ke alamat e-mel atau nombor telefon yang terdapat dalam rekod kami. Cuba gunakan kata laluan anda untuk mendaftar masuk.

"Maaf, kami tidak dapat menghantar kod lain pada masa ini. Sila gunakan kata laluan anda atau cuba lagi kemudian."

Anda mungkin telah meminta terlalu banyak pautan/kod daftar masuk. Cuba gunakan kata laluan anda untuk mendaftar masuk atau tunggu beberapa minit sebelum mencuba lagi.

"Maaf, kesilapan telah berlaku

Kami mengalami kesukaran teknikal dan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Sila cuba lagi dalam masa beberapa minit."

Terdapat masalah untuk menyambung kepada akaun Netflix anda. Cuba gunakan kata laluan anda untuk mendaftar masuk. Jika langkah tersebut tidak berjaya, cuba daftar masuk semula kemudian.

"Maaf, kata laluan untuk akaun ini perlu ditetapkan semula. Sila tetapkan semula kata laluan untuk mengakses akaun anda."

Terdapat masalah untuk menyambung kepada akaun Netflix anda. Lawati netflix.com/loginhelp untuk menetapkan semula atau menukar kata laluan anda. Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Jika anda masih menghadapi masalah selepas mengikut arahan di atas, hubungi kami.

Artikel Berkaitan