Ralat Netflix U7361-1254-C00D5212

Jika anda menghadapi kod ralat U7361-1254-C00D5212 pada komputer anda, hal ini biasanya disebabkan tetapan audio dalam Windows perlu dikemas kini. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Penafian Penting: Artikel ini mengandungi langkah yang memberitahu anda cara mengubah suai pendaftaran dan ditujukan kepada pengguna komputer yang mahir. Sokongan pelanggan Netflix tidak dapat membantu dalam menyelesaikan masalah ralat ini dan kami mengesyorkan agar anda merujuk juruteknik komputer yang bertauliah untuk mendapatkan bantuan. Masalah serius mungkin berlaku jika anda mengubah suai pendaftaran secara tidak betul.

Jika anda memilih untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri, Microsoft mengesyorkan agar anda menyandarkan pendaftaran sebelum anda mengubah suai pendaftaran agar anda boleh memulihkan semula pendaftaran jika terdapat masalah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menyandarkan dan memulihkan pendaftaran, lawati laman Sokongan Microsoft. Setelah menyandarkan pendaftaran anda, ikut langkah penyelesaian masalah di bawah.

  1. Pilih Kotak carian pada bar tugas dan taip regedit.

  2. Dalam hasil Apl, pilih regedit, kemudian pilih Ya jika digesa.

  3. Cari dan pilih folder pendaftaran berikut:

    • HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Audio

  4. Cari nilai DisableProtectedAudioDG dalam anak tetingkap sebelah kanan.

  5. Jika nilai DisableProtectedAudioDG dipaparkan, klik kanan padanya dan pilih Padam.

  6. Keluar daripada Editor Pendaftaran.

  7. Pilih Kotak carian pada bar tugas dan taipkan cmd.

  8. Dalam hasil Apl, klik kanan pada Gesaan Perintah, kemudian pilih Jalankan sebagai Pentadbir.

  9. Taipkan Net stop audiosrv dan tekan Enter.

  10. Taipkan Net start audiosrv dan tekan Enter.

  11. Keluar daripada Gesaan Perintah.

  12. Cuba Netflix sekali lagi.

Artikel Berkaitan