Netflix menyatakan 'Maaf, pautan penukaran kata laluan ini tidak sah.'
Jika anda melihat ralat yang menyatakan:
Maaf, pautan penukaran kata laluan ini tidak sah.
Hal ini biasanya bermaksud bahawa peranti anda perlu disegar semula. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.
Jika anda menghantar e-mel kepada diri anda untuk menetapkan semula kata laluan Netflix, padamkan e-mel tersebut.
Perhatian:Pastikan anda memadamkan e-mel tersebut dalam kedua-dua folder peti masuk dan tong sampah anda.
Setelah anda telah memadamkan e-mel, pergi ke netflix.com/clearcookies. Langkah ini akan menyebabkan anda didaftar keluar dan dihalakan kembali ke halaman utama Netflix.
Pergi ke netflix.com/loginhelp.
Masukkan e-mel anda, kemudian pilih Teruskan.
Kembali kepada e-mel anda dan ikut langkah dalam e-mel tetapan semula kata laluan Netflix yang baharu.
Jika anda masih menghadapi masalah, gunakan komputer, telefon pintar atau tablet yang berbeza untuk mengakses e-mel, kemudian klik pada pautan. Jika semua pilihan tersebut tidak menyelesaikan masalah, cuba gunakan alamat e-mel yang berbeza untuk Netflix.