Ralat Netflix NQL.22006
Jika anda melihat ralat pada telefon atau tablet Android anda yang menyatakan
Had Muat Turun Tahunan Dicapai
Sesetengah rancangan TV dan filem hanya boleh dimuat turun dalam bilangan yang terhad setahun. (NQL.22006)
Anda telah mencapai had muat turun tahunan untuk video ini. (NQL.22006)
Hal ini menunjukkan bahawa anda telah mencapai bilangan muat turun maksimum bagi rancangan TV atau filem tertentu.
Bagi sesetengah rancangan TV dan filem, bilangan kali untuk dimuat turun dalam setahun bagi setiap akaun adalah terhad. Jika anda ingin menonton rancangan TV atau filem pada tahun tersebut, anda perlu menyambung kepada Internet untuk menstrimnya. Jika tidak, anda boleh memilih rancangan TV atau filem lain untuk dimuat turun.