Ralat Netflix NQL.22007

Jika anda melihat kod ralat NQL.22007 pada telefon atau tablet Android anda, biasanya disertakan dengan salah satu mesej berikut:

Had Muat Turun Tahunan Dicapai
Sesetengah rancangan TV dan filem hanya boleh dimuat turun dalam bilangan yang terhad setahun. (NQL.22007)
Had Muat Turun
Anda telah mencapai had muat turun tahunan untuk video ini. (NQL.22007)

Hal ini menunjukkan bahawa anda telah mencapai bilangan muat turun maksimum bagi rancangan TV atau filem tertentu.

Bagi sesetengah rancangan TV dan filem, bilangan kali untuk dimuat turun dalam setahun bagi setiap akaun adalah terhad. Jika anda ingin menonton rancangan TV atau filem pada tahun tersebut, anda perlu menyambung kepada Internet untuk menstrimnya. Jika tidak, pilih rancangan TV atau filem lain untuk dimuat turun.

Artikel Berkaitan