Ralat Netflix S7111-1331

Kod ralat ini boleh berlaku pada penyemak imbas anda jika:

  • Masalah berkaitan dengan tetapan penyemak imbas anda menghalang Netflix daripada dimainkan.

  • Pelan Netflix semasa anda tidak menyokong tontonan pada penyemak imbas web.

Untuk menyelesaikan masalah, pilih mesej ralat yang anda terima, kemudian ikut langkah berikut.

'Tajuk ini tidak tersedia untuk tontonan segera.'

Mesej ralat ini bermaksud tetapan pada penyemak imbas anda menghalang Netflix daripada dimainkan.

Adakah anda menggunakan penanda buku untuk melawat Netflix?

Jika anda lazimnya menggunakan penanda buku untuk melawat Netflix, cuba taip www.netflix.com dalam bar alamat pelayar anda. Jika tindakan ini menyelesaikan masalah anda, kemas kini URL penanda buku anda kepada www.netflix.com untuk mengelakkan masalah akan datang.

Lumpuhkan sanbungan dalam Safari

  1. Pilih Safari dari sudut atas kiri pelayar anda.

  2. Pilih Keutamaan.

  3. Pilih tab Sambungan daripada bar menu di atas.

  4. Nyahtandakan kotak di sebelah setiap sambungan untuk melumpuhkannya.

  5. Tutup tetingkap Sambungan.

  6. Cuba Netflix sekali lagi.

'Maaf, akaun anda tidak boleh digunakan pada peranti ini.'

Mesej ralat ini bermaksud pelan Netflix semasa anda hanya membenarkan tontonan pada telefon bimbit atau tablet.

Untuk menonton Netflix pada penyemak imbas web, anda perlu memilih pelan Netflix yang berbeza.

Artikel Berkaitan