Cara menggunakan perihalan audio dengan muat turun

Untuk menonton rancangan TV dan filem yang dimuat turun dengan perihalan audio, ikut langkah untuk peranti anda.

iPhone, iPad atau iPod touch

  1. Pada skrin utama peranti anda, pilih Tetapan.

  2. Pilih Kebolehaksesan.

    • Jika peranti anda menjalankan iOS 12 atau lebih rendah, pilih Umum > Kebolehaksesan.

  3. Pilih Perihalan Audio.

  4. Tetapkan suis kepada Hidup.

  5. Kembali ke apl Netflix.

  6. Semasa memainkan tajuk yang dimuat turun, ketik pilihan Audio & Sari Kata daripada menu pemain.

  7. Pastikan pilihan audio yang anda pilih mengandungi Perihalan Audio.

  8. Kembali untuk memainkan rancangan TV atau filem dengan perihalan audio didayakan.

Telefon bimbit dan tablet Android

  1. Buka apl Netflix.

  2. Semasa memainkan tajuk yang dimuat turun, ketik pilihan Audio & Sari Kata daripada menu pemain.

  3. Pastikan pilihan audio yang anda pilih mengandungi Perihalan Audio.

  4. Kembali untuk memainkan rancangan TV atau filem dengan perihalan audio didayakan.

Perhatian:
Jika anda mempunyai rancangan TV atau filem dimuat turun yang ingin anda tonton dengan perihalan audio, anda perlu memadamkan tajuk tersebut dan memuat turunnya sekali lagi selepas anda mendayakan tetapan ini.

Artikel Berkaitan