Tayangan dokumentari pendidikan

Sesetengah dokumentari pendidikan Asli Netflix tersedia untuk tayangan pendidikan sekali.

Untuk mengetahui tajuk yang tersedia bagi tayangan pendidikan, lawati media.netflix.com dan cari tajuk atau semak imbas keluaran terkini dan yang akan datang.

Tajuk yang tersedia untuk tayangan pendidikan akan memaparkan Pemberian Kebenaran yang berikut atau Kebenaran untuk Tayangan Pendidikan (ESP) pada halaman butiran:


Pemberian Kebenaran untuk Tayangan Pendidikan

Netflix berbesar hati untuk menayangkan program asli yang bermakna kepada pengguna kami. Kami tahu bahawa ramai daripada anda teruja dengan filem dan siri ini sama seperti kami dan disebabkan sifat filem dan siri ini yang bermaklumat, anda ingin menayangkan filem dan siri ini dalam suasana pendidikan, misalnya di dalam kelas, dalam mesyuarat kumpulan komuniti anda yang seterusnya, dengan kelab membaca anda, dll. Oleh itu, kami akan membenarkan tayangan pendidikan sekali untuk mana-mana tajuk yang disertakan dengan maklumat ini, mengikut terma berikut:

Filem atau siri ini hanya boleh diakses melalui perkhidmatan Netflix, oleh pemegang akaun Netflix. Kami tidak menjual DVD atau menyediakan cara lain bagi anda untuk menayangkan filem tersebut.

Tayangan mestilah bersifat bukan keuntungan dan bukan komersial. Hal ini bermakna anda tidak boleh mengenakan bayaran kemasukan, meminta derma atau menerima penajaan iklan atau komersial berkaitan dengan tayangan ini.

Jangan gunakan logo Netflix dalam mana-mana promosi untuk tayangan atau berbuat apa-apa perkara lain yang menandakan bahawa tayangan tersebut “rasmi” atau disokong oleh Netflix.

"Tayangan sekali" bermakna anda tidak boleh membuat tayangan beberapa kali dalam sehari atau seminggu. Akan tetapi, jika anda seorang pendidik yang ingin menayangkan filem atau siri tersebut sekali setiap semester dalam beberapa semester, anda dibenarkan untuk berbuat demikian.

Kami percaya bahawa pengguna kami menghormati garis panduan ini yang bertujuan untuk membantu anda berkongsi dan membincangkan kandungan kami dalam komuniti anda.

Setakat mana yang diwajibkan oleh institusi anda untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai lesen bagi tayangan anda, sila tunjukkan halaman ini kepada mereka.

Artikel Berkaitan