Ralat DRM Netflix pada Peranti Sony

Jika anda menghadapi kod ralat Ralat DRM atau DRM-14 pada peranti Sony anda, hal ini biasanya disebabkan sesetengah maklumat pada peranti perlu disegar semula. Hal ini juga mungkin disebabkan masalah kesambungan Internet. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Mulakan semula peranti anda

  1. Cabut palam peranti anda daripada kuasa.

  2. Tekan sekali butang kuasa pada peranti dan tunggu 1 minit, atau cabutkan palam peranti dan tunggu 3 minit.

  3. Pasang semula peranti anda.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Daftar keluar daripada Netflix

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

  3. Daftar masuk kembali, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

Jika peranti anda berada pada skrin ralat:

  1. Pilih Butiran Lanjut.

  2. Pilih Daftar keluar atau Tetapkan semula.

  3. Daftar masuk kembali, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Tetapkan semula atau Nyahaktifkan.

Mulakan semula rangkaian rumah anda

  1. Matikan atau cabut palam TV pintar anda.

  2. Cabut palam modem anda (dan penghala wayarles anda, jika anda menggunakan peranti yang berasingan) daripada kuasa selama 30 saat.

  3. Palam masuk modem anda dan tunggu sehingga tiada lampu penunjuk baharu yang berkelip. Jika penghala anda berasingan daripada modem anda, palam masuk penghala anda dan tunggu sehingga tiada lampu penunjuk baharu yang berkelip.

  4. Hidupkan semula TV pintar anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Menambah baik isyarat Wi-Fi anda

Untuk menambah baik Wi-Fi anda:

  • Alihkan penghala dan peranti anda agar lebih dekat antara satu sama lain. Jika boleh, letakkan di dalam bilik yang sama.

  • Alihkan penghala anda daripada peranti dan alatan wayarles lain.

  • Letakkan penghala anda di ruang terbuka dan bukan di atas permukaan lantai. Penghala mendapat penerimaan yang lebih baik apabila berada di atas meja atau rak buku.

Pulihkan tetapan sambungan lalai anda

Jika anda telah menukar tetapan sambungan pada peranti anda, anda perlu menukar semula tetapan kepada lalai.

Tetapan tersebut mungkin termasuk:

  • Tetapan modem tersuai.

  • Rangkaian Persendirian Maya (VPN) atau tetapan perkhidmatan proksi.

  • Tetapan DNS tersuai.

Jika anda memerlukan bantuan untuk menukar tetapan ini, hubungi pengeluar peranti.

Setelah anda menetapkan semula tetapan tersebut, cuba Netflix sekali lagi.

Hubungi penyedia perkhidmatan Internet anda

Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.

ISP anda boleh:

  • Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.

  • Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.

  • Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.

Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:

  • Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.

  • Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.

Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:

  • Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.

  • Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.

Artikel Berkaitan