Ralat Netflix UI-800-3 (207003)

Jika anda menghadapi kod ralat UI-800-3 (207003), hal ini biasanya disebabkan isu perkakasan. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut bagi peranti anda untuk menyelesaikan masalah.

Kotak Atas Set

Hubungi pengeluar peranti
Langkah ini mungkin mengalih keluar apl, data atau tetapan yang disimpan pada peranti anda. Sebelum anda meneruskan proses, pastikan anda menyediakan nama dan kata laluan Wi-Fi anda serta maklumat pendaftaran masuk Netflix.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu menghubungi syarikat yang mengeluarkan peranti anda.

Semasa anda bercakap dengan mereka, minta bantuan mereka bagi langkah-langkah ini. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi untuk menyemak jika langkah tersebut dapat menyelesaikan masalah.

  1. Kemas kini perisian tegar atau perisian peranti anda kepada versi terkini.

  2. Pulihkan peranti anda kepada tetapan asal, sepertimana anda mula-mula mendapat peranti tersebut.

Jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah atau langkah ini tidak berjaya, anda perlu menggunakan peranti lain untuk menonton Netflix.

TV Pintar

Semua peranti lain

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan