Cara menggunakan telefon atau tablet anda sebagai alat kawalan untuk bermain permainan di Netflix
Ahli Netflix boleh bermain permainan pada TV dan komputer mereka melalui Netflix.com. Bergantung pada platform dan permainan, telefon atau tablet mungkin perlu disambungkan untuk digunakan sebagai alat kawalan.
Perhatian: Jika anda mencari maklumat tentang cara bermain permainan pada TV, lihat Main Permainan di Netflix. Jika anda mencari permainan yang boleh dimuat turun dan dimainkan pada peranti mudah alih anda, lihat Permainan Mudah Alih Netflix.
Keperluan
Telefon atau tablet Android:
Apl Netflix mestilah dipasangkan pada peranti (jika belum dipasang, anda akan diminta untuk memasang apl tersebut semasa mengimbas kod QR).
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menyediakan Netflix pada telefon atau tablet anda, lihat Cara menggunakan Netflix pada telefon atau tablet Android anda.
iPhone atau iPad:
iOS/iPad OS 17 atau lebih baharu
Apl Netflix Game Controller mestilah dipasangkan pada peranti (jika belum dipasang, anda akan diminta untuk memasang apl tersebut semasa mengimbas kod QR).
Cara menyambungkan telefon atau tablet anda untuk digunakan sebagai alat kawalan permainan
Main pada TV: Setiap pemain perlu menggunakan telefon bimbit atau tablet sebagai alat kawalan untuk bermain.
Main pada komputer: Anda boleh menggunakan telefon bimbit atau tablet anda sebagai alat kawalan, atau anda boleh menggunakan papan kekunci dan tetikus.
Anda tidak perlu mendaftar masuk ke mana-mana akaun Netflix pada peranti anda untuk menyambungkan peranti tersebut sebagai alat kawalan. Data atau maklumat akaun Netflix tidak akan dikongsi.
Perhatian: Pad permainan fizikal dan alat kawalan lain tidak disokong pada masa ini.

Telefon atau tablet Android:
Pilih atau cari permainan yang ingin anda main dan pilih butang Main Permainan.
Buka kamera peranti Android anda dan tudingkan kamera pada kod QR pada skrin TV atau komputer anda.
Perhatian: Anda mungkin perlu melepasi skrin pelancaran terlebih dahulu untuk melihat kod QR - ini berbeza-beza mengikut permainan.Fokuskan kamera pada kod QR sehingga pautan dipaparkan. Ketik pautan. Muat turun dan pasang apl Netflix jika anda belum berbuat demikian.
Imbas kod QR sekali lagi.
Telefon anda akan disambungkan sebagai alat kawalan.
Mula bermain!
iPhone atau iPad:
Pilih atau cari permainan yang ingin anda main dan pilih butang Main Permainan.
Buka kamera iPhone atau iPad anda dan tudingkan kamera pada kod QR pada skrin TV atau komputer anda.
Perhatian: Anda mungkin perlu melepasi skrin pelancaran terlebih dahulu untuk melihat kod QR - ini berbeza-beza mengikut permainan. Fokuskan kamera pada kod QR sehingga pautan dipaparkan. Ketik pautan untuk membuka tetingkap timbul alat kawalan Netflix pada telefon anda.
Telefon anda akan disambungkan sebagai alat kawalan.
Mula bermain!
Penyelesaian masalah
Perlukan bantuan lanjut?
Jika anda masih menghadapi masalah atau ingin memberikan maklum balas:
Maklum balas: Anda boleh memberikan maklum balas selepas anda keluar daripada sesi permainan melalui alat kawalan mudah alih atau papan kekunci anda.
Hubungi Kami: Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa untuk mendapatkan bantuan lanjut.