Ralat Netflix U7361-1253-80070057

Jika anda menerima kod ralat U7361-1253-80070057 pada komputer Windows 10 anda, hal ini biasanya disebabkan masalah berkaitan dengan maklumat atau tetapan yang disimpan pada peranti. Ikut langkah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Lumpuhkan peningkatan audio

  1. Daripada menu Mula Windows pada komputer anda, klik Tetapan ikon gear tetapan.

  2. Klik Sistem.

  3. Di sebelah kiri, klik Bunyi.

  4. Di bahagian atas kanan, klik Panel Kawalan Bunyi.

  5. Dalam tetingkap Bunyi yang terbuka, klik peranti dengan tanda semak hijau.

  6. Klik Sifat.

  7. Klik tab Peningkatan.

  8. Pastikan Lumpuhkan semua peningkatan diaktifkan.

    • Jika anda tidak melihat tab Peningkatan atau jika Lumpuhkan semua peningkatan sudah diaktifkan, teruskan kepada langkah seterusnya di bawah.

Langkah seterusnya yang perlu dilakukan

Kami sedang mengkaji ralat ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Netflix.

Artikel Berkaitan