Dolby Atmos pada Netflix

Anda boleh menonton Netflix dalam audio Dolby Atmos pada rancangan TV dan filem terpilih.

Anda memerlukan:

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • Peranti yang menyokong Netflix yang boleh memainkan Dolby Atmos.

  • Sistem audio yang menyokong Dolby Atmos.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Tinggi atau Auto.

Peranti dengan Dolby Atmos

Buat carian dalam Pusat Bantuan Netflix untuk peranti anda. Jika Dolby Atmos tersedia, model akan disediakan dalam bahagian ciri. Jika tidak, hubungi pengeluar peranti anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Cara menyediakan audio Dolby Atmos

Untuk arahan persediaan pada peranti anda, hubungi pengeluar peranti anda.

Keperluan Internet

Kami mengesyorkan kelajuan sambungan Internet sekurang-kurangnya 3 megabit per saat.

Rancangan TV dan filem dengan audio Dolby Atmos

Jika anda mempunyai sistem yang menyokong Dolby Atmos dan pelan yang menyokong penstriman dalam Ultra HD, tajuk yang tersedia akan memaparkan ikon Dolby Atmos di sebelah penerangan: .

Bukan semua episod atau musim rancangan TV yang disokong oleh Dolby Atmos akan tersedia dengan Dolby Atmos. Begitu juga, bukan semua rancangan TV atau filem menyokong Dolby Atmos dalam setiap bahasa.

Perihal audio Dolby Atmos

Dolby Atmos merupakan format bunyi keliling yang memberi pendengar kesan bunyi keliling 3D yang imersif, sama seperti bunyi datang dari pelbagai arah.

Artikel Berkaitan