Cara menghidupkan atau mematikan pemberitahuan apl Netflix

Anda boleh memilih sama ada mahu atau tidak mahu menerima pemberitahuan daripada Netflix tentang rancangan TV dan filem, tajuk cadangan dan topik lain. Untuk menghidupkan atau mematikan pemberitahuan, ikut arahan bagi peranti mudah alih anda.

iPhone atau iPad

  1. Buka apl Tetapan.

  2. Ketik Pemberitahuan.

  3. Cari dan ketik Netflix.

  4. Hidupkan atau matikan Benarkan Pemberitahuan.

Telefon dan tablet Android

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya .

  3. Di bahagian atas kanan, ketik Menu .

  4. Ketik Tetapan Apl .

  5. Di sebelah Benarkan Pemberitahuan, hidupkan atau matikan suis.

Anda boleh memilih jenis pemberitahuan semerta yang anda terima daripada Netflix untuk setiap profil dewasa.

  1. Dalam penyemak imbas, masukkan profil yang anda kehendaki untuk mengemas kini tetapan pemberitahuan.

  2. Pergi ke halaman Akaun.

  3. Pilih profil daripada menu Profil & Kawalan Ibu Bapa.

  4. Pilih Tetapan Pemberitahuan.

  5. Pilih Urus Pemberitahuan Semerta.

  6. Pilih masuk atau keluar dengan menukar pilihan kategori yang berikut bagi setiap profil:

    • Tontonan anda: Musim & episod baharu, Peluang Terakhir, Koleksi Anda  

    • Cadangan tontonan & banyak lagi: 10 Teratas, Ketibaan baharu, kini di Netflix  

    • Jemputan tinjauan & penyelidikan: Penyertaan kajian, tinjauan

    • Permainan Netflix: Keluaran, cadangan, aktiviti permainan

    • Netflix.Shop & pengalaman: Produk Netflix.Shop, pengalaman live Netflix

    • Penggunaan apl Netflix: Ciri yang dicadangkan, tip & cara, kawalan ibu bapa

    • Tawaran keahlian: Peningkatan pelan, promosi langganan

    • Kemas kini akaun: Amaran keselamatan, pengebilan, pemberitahuan peka masa


Anda juga boleh Nyahlanggan Semua.

Artikel Berkaitan