Ralat Netflix OF.NA.6

Jika anda melihat kod ralat OF.NA.6 pada telefon atau tablet Android anda, biasanya disertakan dengan salah satu mesej berikut:

Keperluan Keselamatan Muat Turun
Untuk memuat turun rancangan TV dan filem, anda perlu menggunakan peranti yang lain. (OF.NA.6)
Peranti ini tidak memenuhi keperluan keselamatan untuk ciri muat turun. (OF.NA.6)

Hal ini menunjukkan bahawa ciri muat turun tidak disokong pada peranti anda. Disebabkan terdapat pelbagai jenis peranti dengan keupayaan yang berbeza menggunakan OS Android, sesetengah peranti Android tidak serasi dengan ciri muat turun. Jika anda mahu memuat turun rancangan TV atau filem daripada Netflix, anda perlu menggunakan peranti lain. Lihat artikel tentang muat turun yang kami sediakan untuk mengetahui lebih lanjut.

Artikel Berkaitan