Muat turun tiada pada apl Netflix

Semua muat turun pada peranti akan dipadamkan apabila apl Netflix dinyahpasang atau ditetapkan semula, dan apabila data apl dikosongkan.

Jika anda tidak menemukan muat turun anda, pilih peranti anda di bawah untuk mengetahui langkah penyelesaian masalah.

Rancangan atau filem mungkin tidak dipaparkan dalam Muat Turun anda jika klasifikasi kematangan lebih tinggi daripada yang dibenarkan pada profil anda. Lawati halaman akaun Netflix anda untuk melihat atau menukar tetapan klasifikasi kematangan profil.

Untuk menyemak sekatan tontonan profil:

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  3. Pada bahagian atas, ketik nama profil.

  4. Ketik Urus Profil.

  5. Ketik ikon Edit pada profil anda.

  6. Ketik Sekatan Tontonan , kemudian ketik Klasifikasi Kematangan untuk menyemak sekatan tontonan profil anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati Cara menetapkan klasifikasi kematangan profil atau menyekat tajuk.

Jika profil anda tidak ditetapkan sekatan tontonan dan muat turun anda masih tiada, pergi ke langkah seterusnya.

Peranti dengan versi Android yang lebih lama mungkin perlu menukar kebenaran storan.

  1. Pergi ke apl Tetapan.

  2. Ketik Apl atau Pengurus Apl.

  3. Dalam senarai apl, cari dan ketik Netflix.

  4. Ketik Kebenaran.

  5. Tukar Storan kepada Dihidupkan.

  6. Cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda menggunakan kad SD dan tidak menemukan tajuk yang telah dimuat turun, anda mungkin perlu menyelesaikan masalah dengan menyimpan muat turun pada kad SD anda.

Sesetengah apl menawarkan fungsi "membersihkan" peranti anda atau membebaskan ruang storan dengan mengosongkan data apl yang dipasang pada peranti anda secara automatik. Jika apl ini mengosongkan data apl Netflix secara tidak sengaja, semua muat turun yang disimpan pada peranti atau kad SD anda akan dipadamkan dan mungkin menyebabkan masalah lain.

Cuba matikan apl ini, kemudian muat turun rancangan atau filem anda sekali lagi.

Rancangan atau filem mungkin tidak dipaparkan dalam Muat Turun anda jika klasifikasi kematangan lebih tinggi daripada yang dibenarkan pada profil anda. Lawati halaman akaun Netflix anda untuk melihat atau menukar tetapan klasifikasi kematangan profil.

Untuk menyemak sekatan tontonan profil:

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  3. Pada bahagian atas, ketik nama profil.

  4. Ketik Urus Profil.

  5. Ketik ikon Edit pada profil anda.

  6. Ketik Sekatan Tontonan , kemudian ketik Klasifikasi Kematangan untuk menyemak sekatan tontonan profil anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati Cara menetapkan klasifikasi kematangan profil atau menyekat tajuk.

Jika profil anda tidak mempunyai had tontonan dan anda masih tidak melihat muat turun anda, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Terdapat apl Netflix baharu untuk Windows yang menyertakan sokongan untuk menonton acara live, kualiti penstriman yang ditingkatkan, keserasian dengan pelan dengan iklan dan banyak lagi. Walaupun ciri muat turun tidak disokong lagi, anda masih boleh terus menonton rancangan TV dan filem di luar talian pada peranti mudah alih yang disokong.

Jika anda tidak menemukan pilihan untuk memuat turun atau memainkan tajuk yang anda muat turun, itu bermakna komputer anda telah menggunakan versi baharu apl Netflix. Anda tidak boleh kembali kepada versi lama apl.

Artikel Berkaitan

Cara memuat turun tajuk untuk ditonton luar talian

Mengapakah filem atau rancangan TV tidak tersedia untuk muat turun?

Kawalan ibu bapa di Netflix

Artikel Berkaitan