Acara live di Netflix

Tonton siaran live rancangan istimewa komedi, pertemuan semula dan acara lain secara langsung di Netflix. Acara live membolehkan anda mandir, jeda, main dari permulaan atau langkau ke siaran live pada mana-mana takat sewaktu siaran live. Acara live juga boleh ditonton kemudian.

Anda boleh menonton live pada kebanyakan peranti baharu, termasuk

  • TV Pintar

  • Pemain media penstriman

  • Telefon bimbit dan tablet Android

  • iPhone, iPad dan iPod touch

  • Penyemak imbas komputer

  • Konsol permainan

Pastikan peranti anda menjalankan versi terkini apl Netflix untuk menonton live.

Jika tontonan live tidak disokong pada peranti anda, acara ini akan tersedia beberapa hari kemudian untuk ditonton pada bila-bila masa seperti tajuk lain.

Walaupun pelan tanpa iklan kami tidak menyertakan sajian iklan dalam tajuk atas permintaan, mungkin terdapat sedikit kandungan iklan seperti kandungan berjenama atau mesej tajaan. Kami juga mungkin menawarkan peluang kepada ahli kami untuk menikmati ciri tambahan seperti acara live atau acara istimewa. Ahli yang melanggan mana-mana pelan langganan ini mungkin melihat sajian iklan dan jenis mesej iklan yang lain pada kandungan sedemikian atau ciri tambahan.

Acara live akan datang & terkini

Acara akan datang:

Untuk menerima pemberitahuan tentang ketersediaan acara live atau episod, gunakan ciri Ingatkan Saya. Dengan menetapkan peringatan, tajuk ini akan dipaparkan dalam Senarai Saya apabila tersedia untuk tontonan live. Anda juga boleh mencari tajuk apabila tiba masa untuk tontonan live atau mengikuti siaran live.

Acara live terkini: 

Tidak dapat mencari acara live

Sesetengah acara live mungkin tidak tersedia untuk tontonan live disebabkan tetapan bahasa profil anda.

Acara live boleh ditonton beberapa hari selepas siaran live apabila sari kata lengkap dan tersedia untuk bahasa tontonan anda.

Peranti yang disokong

Kebanyakan peranti baharu disokong. 

  • Jika anda melihat mesej yang menyatakan bahawa kemas kini apl diperlukan, anda mungkin juga perlu menyemak jika sistem operasi anda telah dikemas kini.

  • Jika anda menerima mesej yang menyatakan bahawa peranti anda tidak menyokong penyiaran live, anda perlu menggunakan peranti lain untuk menonton live.

  • Pemancaran atau pencerminan melalui peranti mudah alih atau penyemak imbas Chrome tidak disokong semasa tontonan live. Anda masih boleh menonton siaran live pada peranti mudah alih yang disokong atau pada penyemak imbas Chrome.  

TV, konsol permainan dan pemain penstriman yang menyambung kepada TV
Pastikan peranti dikemas kini. Jika anda tidak pasti tentang cara mengemas kini perisian sistem pada peranti anda, semak manual pemilik anda atau hubungi pengeluar.

Telefon dan tablet Android
Memerlukan Android 7 atau lebih baharu dan versi apl Netflix terkini daripada Google Play Store. Lihat Cara mengemas kini apl Netflix pada peranti Android anda.

iPhone, iPad atau iPod touch
Memerlukan iOS/iPadOS 15 atau lebih baharu dan versi apl Netflix terkini daripada App Store. Lihat Cara mengemas kini apl Netflix pada iPhone, iPad atau iPod touch.

Komputer
Anda boleh menonton live pada penyemak imbas anda. Untuk memastikan anda mempunyai versi penyemak imbas yang terkini, lihat penyemak imbas yang disokong Netflix.


Tidak disokong: 

  • Apple TV generasi 1 - 3 (walaupun Apple TV model HD dan 4K disokong dengan tvOS 16.1 atau lebih baharu dan versi apl Netflix terkini daripada App Store)

  • Chromecast generasi pertama - ketiga dan Ultra (walaupun model Chromecast dengan Google TV disokong)

  • Apl Netflix pada komputer dan tablet Windows (walaupun anda boleh mainkan dalam penyemak imbas)

  • Konsol permainan PlayStation 3

Terdapat sebilangan kecil peranti yang tidak disenaraikan di atas yang tidak menyokong tontonan live. Hal ini biasanya kerana apl atau perisian Netflix pada peranti tidak dapat dikemas kini kepada versi yang menyokong penyiaran live atau tidak lagi disokong secara aktif.

Jika anda tidak mempunyai peranti yang disokong, lazimnya acara live akan tersedia beberapa hari selepas siaran live untuk ditonton seperti tajuk lain di Netflix. Anda akan melihat mesej ini yang menyatakan peranti anda tidak menyokong penyiaran live sehingga waktu tersebut. 

Perhatian:
Tajuk tidak semestinya akan tersedia dengan serta-merta selepas siaran live jika tetapan bahasa profil anda berbeza daripada bahasa asal acara live. Anda akan dapat menonton apabila sari kata lengkap dan tersedia dalam bahasa tontonan pilihan anda.

Artikel Berkaitan