Skrin merah tanpa bunyi

Jika anda melihat skrin merah tanpa bunyi, anda mungkin menghadapi masalah dengan peranti anda. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut bagi peranti anda untuk menyelesaikan masalah.

Kotak atas set atau pemain media penstriman

Bilakah skrin anda menjadi merah?

Semasa anda cuba memainkan rancangan TV atau filem

Mulakan semula peranti anda

  1. Cabut palam peranti anda daripada kuasa.

  2. Tekan sekali butang kuasa pada peranti dan tunggu 1 minit, atau cabutkan palam peranti dan tunggu 3 minit.

  3. Pasang semula peranti anda.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Selesaikan masalah sambungan perkakasan anda

Mungkin terdapat masalah pada sambungan antara peranti anda dengan TV.

Untuk menyelesaikan masalah:

  1. Pastikan anda menggunakan kabel HDMI.

  2. Cuba terbalikkan hujung kabel HDMI tersebut.

  3. Pintas sebarang penerima atau sistem bunyi yang digunakan dengan menyambungkan peranti anda terus pada TV anda menggunakan kabel HDMI.

  4. Cuba sambung pada port HDMI yang berlainan pada TV anda.

  5. Cuba kabel HDMI baharu.

  6. Jika tersedia, cuba port HDMI pada TV lain.

    • Jika anda dapat melakukan penstriman pada TV lain, mungkin terdapat masalah dengan port HDMI pada TV asal. Hubungi pengeluar TV untuk mendapatkan bantuan.

Pada masa lain

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Semua peranti lain

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan