Ralat Netflix H403

Jika anda menghadapi kod ralat H403 pada komputer Windows 10 anda, biasanya disertakan dengan mesej berikut:

Maaf, terdapat masalah berkomunikasi dengan Netflix. Sila cuba lagi.

Hal ini biasanya disebabkan maklumat yang disimpan pada komputer anda perlu disegar semula. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Daftar masuk pada peranti lain

Untuk mengenal pasti isu anda, daftar masuk ke Netflix pada peranti lain yang menggunakan rangkaian yang sama dengan komputer anda.

Perhatian:
Jika anda sudah didaftar masuk pada peranti lain, daftar keluar daripada Netflix, kemudian daftar masuk sekali lagi.
  • Jika anda melihat kod ralat atau mesej ralat semasa anda mendaftar masuk, membuat perubahan pada akaun anda atau cuba menonton, hal ini bermaksud akaun Netflix anda tidak disambungkan. Sila cuba lagi kemudian.

  • Jika anda tidak menerima kod ralat atau mesej ralat, teruskan dengan penyelesaian masalah berikut.

Nyahpasang dan pasang semula apl Netflix

Nyahpasang apl Netflix

Perhatian:
Tindakan menyahpasang apl Netflix akan memadamkan tajuk yang anda muat turun pada peranti.
  1. Daripada menu Mula, taipkan Netflix.

  2. Klik kanan atau ketik dan tahan pada apl Netflix.

  3. Pop timbul akan dipaparkan. Pilih Nyahpasang.

  4. Pilih Nyahpasang sekali lagi.

Pasang semula apl Netflix

  1. Daripada menu Mula, pilih Kedai.

  2. Pilih Cari dari sudut atas kanan skrin.

  3. Taipkan Netflix dalam kotak carian dan tekan kekunci Enter.

  4. Pilih Netflix daripada hasil carian.

  5. Pilih Pasang.

    • Jika anda digesa untuk mendaftar masuk, daftar masuk dengan maklumat Microsoft anda.

  6. Setelah pemasangan selesai, lancarkan apl dan cuba Netflix sekali lagi.

Artikel Berkaitan