Netflix menyatakan 'Maaf, tajuk ini tidak dapat ditonton dengan segera pada masa ini.'

Jika anda melihat ralat yang menyatakan

Maaf, tajuk ini tidak dapat ditonton dengan segera pada masa ini. Sila cuba lagi kemudian atau pilih tajuk lain.

Hal ini biasanya disebabkan ralat dalam apl Netflix. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut bagi peranti anda untuk menyelesaikan masalah.

Pemain Blu-ray

Mulakan semula peranti anda

  1. Matikan peranti anda. Jika peranti anda mempunyai kabel kuasa, cabut palam peranti anda.

  2. Pastikan peranti anda dimatikan sepenuhnya dan bukan dalam mod tidur atau tunggu sedia.

  3. Biarkan peranti anda dimatikan selama 15 saat.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Mulakan semula rangkaian rumah anda

  1. Matikan peranti anda, atau cabut palam modem dan penghala anda daripada kuasa.

  2. Selepas 30 saat, pasangkan palam modem dan penghala anda.

  3. Tunggu 1 minit, kemudian matikan peranti anda.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian:
Sesetengah peranti, modem dan penghala mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyambung semula kepada Internet.

Hubungi pengeluar peranti

Langkah ini mungkin mengalih keluar apl, data atau tetapan yang disimpan pada peranti anda. Sebelum anda meneruskan proses, pastikan anda menyediakan nama dan kata laluan Wi-Fi anda serta maklumat pendaftaran masuk Netflix.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu menghubungi syarikat yang mengeluarkan peranti anda.

Semasa anda bercakap dengan mereka, minta bantuan mereka bagi langkah-langkah ini. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi untuk menyemak jika langkah tersebut dapat menyelesaikan masalah.

  1. Kemas kini perisian tegar atau perisian peranti anda kepada versi terkini.

  2. Pulihkan peranti anda kepada tetapan asal, sepertimana anda mula-mula mendapat peranti tersebut.

Jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah atau langkah ini tidak berjaya, anda perlu menggunakan peranti lain untuk menonton Netflix.

TV Pintar

Semua peranti lain

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan