Ralat Netflix S7361-1254
Jika anda menghadapi kod ralat S7361-1254 pada komputer Mac anda, masalah ini biasanya disertakan dengan mesej berikut:
Maaf, kesilapan telah berlaku...
Ralat Tidak Dijangka
Terdapat ralat yang tidak dijangka. Sila muatkan semula halaman dan cuba lagi.
Hal ini biasanya menunjukkan bahawa sambungan pada penyemak imbas Safari anda menghalang Netflix daripada berfungsi dengan betul. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.
Lumpuhkan sanbungan dalam Safari
Pilih Safari dari sudut atas kiri pelayar anda.
Pilih Keutamaan.
Pilih tab Sambungan daripada bar menu di atas.
Nyahtandakan kotak di sebelah setiap sambungan untuk melumpuhkannya.
Tutup tetingkap Sambungan.
Cuba Netflix sekali lagi.