Netflix menyatakan 'Maaf, kami tidak dapat mencapai perkhidmatan Netflix. (-2)'

Jika anda melihat ralat yang menyatakan

Maaf, kami tidak dapat mencapai perkhidmatan Netflix. Sila cuba lagi kemudian. Jika masalah berterusan, sila lawati laman web Netflix (-2).

Masalah ini biasanya disebabkan isu kesambungan rangkaian yang menghalang peranti anda daripada mencapai perkhidmatan Netflix. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut bagi peranti anda untuk menyelesaikan masalah.

Pergi ke Netflix.com pada penyemak imbas web
  1. Menggunakan komputer atau peranti mudah alih yang berlainan, sambung kepada Wi-Fi atau rangkaian yang sama dengan peranti yang menghadapi masalah.

  2. Buka penyemak imbas web, kemudian pergi ke netflix.com/clearcookies dan daftar masuk ke akaun Netflix anda.

    • Jika anda menerima ralat NSEZ-403, hal ini bermakna kami tidak dapat menyambungkan akaun anda kepada perkhidmatan Netflix buat masa ini. Sila cuba lagi kemudian.

    • Jika anda tidak menerima ralat pada penyemak imbas anda semasa melakukan langkah ini, maka mungkin terdapat masalah yang berlainan. Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Jika anda menghadapi ralat ini pada pemain media penstriman atau TV Pintar yang berasaskan TV Android, pastikan anda telah memasang apl Netflix daripada Gedung Google Play.

Jika anda tidak melihat apl Netflix dalam Gedung Google Play, maksudnya peranti anda tidak serasi dengan Netflix dan anda perlu menggunakan peranti lain untuk menstrim.

Artikel Berkaitan