Ralat Netflix H3-U7135-1103-403

Jika anda menghadapi kod ralat H3-U7135-1103-403 pada komputer Windows 10 anda, biasanya disertakan dengan mesej berikut:

Maaf, terdapat masalah berkomunikasi dengan Netflix. Sila cuba lagi.

Masalah ini biasanya disebabkan isu kesambungan yang menghalang peranti anda daripada mencapai perkhidmatan Netflix. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Daftar masuk pada peranti lain

Untuk mengenal pasti masalah, daftar masuk ke Netflix pada peranti lain menggunakan rangkaian yang sama dengan komputer anda.

Perhatian:
Jika anda sudah didaftar masuk pada peranti lain, daftar keluar daripada Netflix terlebih dahulu, kemudian daftar masuk sekali lagi.
  • Jika anda melihat ralat apabila anda mendaftar masuk atau cuba menonton pada peranti itu, hal ini bermakna kami tidak dapat menyambungkan akaun anda kepada perkhidmatan Netflix buat masa ini. Sila cuba lagi kemudian.

  • Jika anda tidak melihat ralat tetapi tidak dapat tonton pada peranti itu, hubungi khidmat pelanggan.

Artikel Berkaitan