Maklumat sokongan untuk Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)

Artikel ini ditujukan kepada pekerja atau wakil Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP). Jika anda merupakan ahli Netflix yang memerlukan bantuan berkaitan akaun atau masalah penstriman, sila lawati halaman utama Pusat Bantuan atau hubungi kami.

Netflix memberikan sokongan terus kepada ISP yang melaporkan masalah teknikal yang menjejaskan keupayaan pelanggan untuk menggunakan Netflix, termasuk:

  • Alamat atau julat IP salah dikenal pasti sebagai trafik proksi atau VPN

  • Ralat berkaitan rangkaian yang meluas menjejaskan keupayaan pelanggan untuk menggunakan Netflix

  • Ahli Netflix tidak dapat melihat tajuk yang sepatutnya tersedia di rantau mereka

  • Pelanggan mendapati tajuk, pelan atau kaedah pembayaran Netflix tidak tersedia di rantau mereka

Jika syarikat anda merupakan rakan kongsi aktif Open Connect, cara terpantas untuk mendapatkan sokongan adalah dengan memdaftar masuk ke Portal Rakan Kongsi dan mencipta tiket, atau menghubungi wakil rakan kongsi Netflix anda secara terus.

Jika syarikat anda bukan rakan kongsi Open Connect (atau anda tidak pasti), anda boleh mengemukakan permintaan sokongan. Untuk membantu kami membuat siasatan dengan pantas, sila sertakan penerangan terperinci tentang masalah dan isikan semua maklumat yang diperlukan dalam borang.

Jika permintaan anda tidak mengandungi maklumat yang diperlukan, tidak berkaitan dengan masalah yang dinyatakan di atas atau anda tidak mempunyai kuasa untuk mengemukakan permintaan bagi pihak ISP, permintaan anda akan ditutup dan tiada tindakan selanjutnya akan diambil.

Netflix mengamalkan dasar rangkai padan terbuka. Untuk mengetahui lebih lanjut atau mengemukakan permintaan, sila lihat garis panduan rangkai padan dan rekod PeeringDB kami.


Artikel berkaitan


Artikel Berkaitan