Ralat Netflix 5.7

Terdapat masalah memainkan video. Sila cuba lagi. (5.7)

Ralat ini berlaku apabila terdapat masalah dengan data yang disimpan pada peranti anda yang menghentikan Netflix daripada dimainkan.

Untuk menyelesaikan masalah, ikut langkah untuk peranti anda.

Telefon atau tablet Android

Matikan dan hidupkan semula peranti anda

  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Telefon atau tablet Samsung

Matikan dan hidupkan semula peranti anda

  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Tetapkan semula tetapan sistem

Langkah ini hanya akan menetapkan semula perubahan yang anda buat untuk menyuai khas telefon atau tablet anda, seperti pemberitahuan serta tetapan paparan dan bunyi. Langkah ini tidak akan memadamkan data peribadi anda, seperti apl yang dimuat turun, foto, muzik dan video. 
  1. Ketik Tetapan > Pengurusan Am > Tetapan semula > Tetapkan semula tetapan.

  2. Ketik tetapkan semula tetapan. Anda mungkin akan diminta untuk memasukkan corak kunci skrin, PIN atau kata laluan peranti anda.

  3. Untuk membuat pengesahan, tetapkan semula tetapan sekali lagi.

  4. Setelah peranti anda dimulakan semula, cuba Netflix sekali lagi.

Langkah untuk menetapkan semula tetapan sistem mungkin berlainan bagi peranti anda. Untuk mendapatkan langkah bagi peranti anda, semak manual yang disertakan bersama peranti atau hubungi Sokongan Samsung.

Artikel Berkaitan