Netflix menyatakan, 'Apl ini tidak serasi dengan peranti anda'.

Jika anda menerima mesej ralat yang berikut semasa cuba menggunakan atau memasang Netflix pada peranti Android anda, hal ini biasanya bermakna peranti anda perlu dimulakan semula atau peranti tidak diperakui Play Protect. (Hal ini bermakna peranti tidak akan dapat memuat turun apl Netflix daripada Google Play Store.)

Mesej ralat

Apl ini tidak serasi dengan peranti anda.

Untuk menyelesaikan masalah:

Tablet with power icon indicating turn off process

  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

  1. Buka apl Play Store.

  2. Di bahagian atas kanan, ketik ikon Profil anda.

  3. Ketik Tetapan > Perihal.

  4. Di bawah Pensijilan Play Protect, semak status pengesahan peranti anda.

Jika anda melihat Peranti diperakui, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Jika peranti anda tidak diperakui, anda perlu menggunakan peranti yang disokong untuk menonton Netflix. Kami mengesyorkan anda menghubungi pengeluar peranti anda untuk meminta peranti yang diperakui Play Protect. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari halaman sokongan Google tentang pensijilan Play Protect.

Artikel Berkaitan