Saya menerima e-mel tentang daftar masuk baharu ke akaun saya

Kami ingin membantu untuk melindungi akaun anda, jadi kami menghantar e-mel kepada anda setiap kali terdapat daftar masuk baharu ke akaun Netflix anda melalui peranti baharu. Lokasi daftar masuk mungkin tidak sepadan dengan lokasi semasa anda kerana maklumat ini berdasarkan alamat IP yang digunakan oleh peranti anda dan masa yang dipaparkan merupakan waktu tempatan bagi daftar masuk baharu tersebut.

Jika anda tidak mengenali mana-mana sesi daftar masuk ini, anda sepatutnya menukar kata laluan anda dengan segera. Hantar e-mel atau teks (SMS) tetapan semula kata laluan kepada diri anda untuk menukar kata laluan dengan mudah.

Lihat Cara melindungi akaun anda untuk mendapatkan lebih banyak petua melindungi maklumat anda.

Pemberitahuan "Daftar masuk kali pertama" untuk ahli isi rumah

Jika ahli isi rumah dalam akaun anda mendaftar masuk buat kali pertama, kami akan menghantar e-mel untuk memaklumi anda. Anda tidak perlu berbuat apa-apa jika anda mengenali sesi daftar masuk tersebut.

Jika anda tidak mengenali e-mel tersebut:

  1. Pergi ke halaman Akaun dan pilih Urus Profil.

  2. Semak setiap profil untuk mencari alamat e-mel yang tidak dikenali.

  3. Alih keluar mana-mana e-mel yang tidak dikenali. Sesiapa yang menggunakan e-mel tersebut akan didaftar keluar dalam masa 24 jam.

  4. Tukar kata laluan dan daftar keluar daripada semua peranti sebagai langkah keselamatan tambahan. Lihat Cara menghentikan seseorang daripada menggunakan akaun anda untuk mengetahui semua langkah.


Artikel Berkaitan