Audio Netflix tidak selaras

Jika audio Netflix tidak selaras dengan video, hal ini bermaksud terdapat masalah pada peranti anda atau tajuk yang sedang ditonton. Ikut langkah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Telefon atau tablet Android

Semak sama ada rancangan TV atau filem lain dapat dimainkan

Jika anda menerima masalah yang sama dengan rancangan TV atau filem lain, langkau langkah ini.

Jika rancangan TV atau filem lain dimainkan secara normal, anda boleh memberitahu kami tentang masalah tersebut.

  1. Menggunakan penyemak imbas web, pergi ke Aktiviti Tontonan dalam akaun anda.

  2. Dalam senarai, cari rancangan TV atau filem yang bermasalah dan klik Laporkan Masalah.

  3. Ikut arahan, kemudian klik Laporkan Masalah.

Pasukan kandungan kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin. Buat sementara ini, anda masih boleh menonton rancangan TV dan filem lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila semak Cara melaporkan masalah pada tajuk.

Matikan dan hidupkan semula peranti anda

  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Apple TV 4 atau Apple TV 4K

Tukar tetapan audio anda

  1. Pergi ke menu tetapan Apple TV, kemudian pilih Video dan Audio.

  2. Tatal turun ke bahagian Audio dan pilih Format Audio.

  3. Pilih Tukar Format.

  4. Pilih Format Baharu, kemudian pilih Dolby Digital 5.1.

  5. Cuba Netflix sekali lagi.

Jika tindakan ini tidak menyelesaikan masalah, pergi ke menu Tukar Format semula, pilih Stereo, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

Selesaikan masalah sambungan peranti anda

Jika anda menggunakan penerima audio luaran, bar bunyi atau pembesar suara:

  1. Pastikan pembesar suara anda disambungkan kepada penerima anda dengan betul.

  2. Semak sama ada penyambung HDMI atau optik dipalam masuk dengan betul.

  3. Cuba terbalikkan hujung HDMI/kabel optik atau gunakan kabel alternatif.

Semak tetapan audio peranti anda

Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, mungkin terdapat masalah tetapan audio pada peranti atau peralatan bunyi anda.

Untuk menyemak tetapan audio peranti anda atau menyelesaikan masalah bunyi:

  • Ikut arahan atau manual yang disertakan bersama peranti atau peralatan bunyi anda.

  • Hubungi pengeluar peranti atau peralatan bunyi anda untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Perhatian:
Disebabkan langkah untuk menyemak tetapan audio atau menyelesaikan masalah bunyi adalah unik mengikut setiap peranti, Khidmat Pelanggan Netflix tidak dapat membantu dengan langkah seterusnya untuk peranti anda.

Jika pengeluar tidak dapat menyelesaikan masalah atau penukaran tetapan audio tidak berfungsi, anda perlu menggunakan peranti lain untuk menonton Netflix.

iPhone, iPad atau iPod touch

Kemas kini versi iOS anda

Ikut langkah Apple untuk mengemas kini peranti anda kepada versi terkini, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

PlayStation 4

Semak sama ada rancangan TV atau filem lain dapat dimainkan

Jika anda menerima masalah yang sama dengan rancangan TV atau filem lain, langkau langkah ini.

Jika rancangan TV atau filem lain dimainkan secara normal, anda boleh memberitahu kami tentang masalah tersebut.

  1. Menggunakan penyemak imbas web, pergi ke Aktiviti Tontonan dalam akaun anda.

  2. Dalam senarai, cari rancangan TV atau filem yang bermasalah dan klik Laporkan Masalah.

  3. Ikut arahan, kemudian klik Laporkan Masalah.

Pasukan kandungan kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin. Buat sementara ini, anda masih boleh menonton rancangan TV dan filem lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila semak Cara melaporkan masalah pada tajuk.

Mulakan semula peranti anda

  1. Cabut palam peranti anda daripada kuasa.

  2. Tekan sekali butang kuasa pada peranti dan tunggu 1 minit, atau cabutkan palam peranti dan tunggu 3 minit.

  3. Pasang semula peranti anda.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Kotak atas set

TV Pintar

TiVo

Dayakan bunyi stereo

  1. Daripada skrin utama TiVo, pergi ke TiVo Central.

  2. Pilih Tetapan & Mesej.

  3. Pilih Tetapan.

    • Jika anda tidak melihat Tetapan, teruskan dengan langkah seterusnya.

  4. Pilih Tetapan Audio & Video.

  5. Pilih Dolby Digital.

  6. Pilih Dolby Digital kepada PCM.

  7. Cuba Netflix sekali lagi.

Komputer Windows

Matikan kuasa komputer anda

  1. Matikan kuasa komputer anda melalui menu:

    • Untuk Mac: Di bahagian atas kiri, klik menu Apple > Matikan.

    • Untuk Windows: Pada menu Mula, klik Kuasa > Matikan.

    • Untuk Chromebook: Di bahagian bawah kanan, klik pada masa > Daftar keluar > Matikan.

  2. Matikan komputer anda selama sekurang-kurangnya 10 saat.

  3. Hidupkannya semula dan cuba Netflix sekali lagi.

Kemas kini versi Windows anda

Ikut pautan di bawah untuk mendapatkan langkah menyemak kemas kini versi Windows anda, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

Komputer yang menggunakan Windows XP atau Vista tidak dapat dikemas kini kepada versi yang disokong oleh Netflix. Kami mencadangkan agar anda menggunakan komputer yang dipasang Windows 10 atau lebih baharu.

Semua peranti lain

Semak sama ada rancangan TV atau filem lain dapat dimainkan

Jika anda menerima masalah yang sama dengan rancangan TV atau filem lain, langkau langkah ini.

Jika rancangan TV atau filem lain dimainkan secara normal, anda boleh memberitahu kami tentang masalah tersebut.

  1. Menggunakan penyemak imbas web, pergi ke Aktiviti Tontonan dalam akaun anda.

  2. Dalam senarai, cari rancangan TV atau filem yang bermasalah dan klik Laporkan Masalah.

  3. Ikut arahan, kemudian klik Laporkan Masalah.

Pasukan kandungan kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin. Buat sementara ini, anda masih boleh menonton rancangan TV dan filem lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila semak Cara melaporkan masalah pada tajuk.

Apakah yang patut saya lakukan seterusnya?

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan