Netflix menyatakan 'Kami menghadapi masalah untuk memainkan tajuk ini sekarang.'

Kami menghadapi masalah untuk memainkan tajuk ini sekarang

Ralat ini boleh berlaku apabila masalah rangkaian menghentikan peranti anda daripada mencapai Netflix atau jika terdapat masalah dengan rancangan TV atau filem yang ingin anda tonton.

Jika anda menerima mesej ralat yang berbeza atau jika mesej ralat anda diikuti oleh kod ralat, cari mesej atau kod ralat tersebut dalam Pusat Bantuan kami (contohnya, "tidak dapat menyambung kepada Netflix" atau "ui-1234").

Untuk menyelesaikan masalah, ikut langkah untuk peranti anda.

Jika anda menerima masalah yang sama dengan rancangan TV atau filem lain, langkau langkah ini.

Jika rancangan TV atau filem lain dimainkan secara normal, anda boleh memberitahu kami tentang masalah tersebut.

  1. Menggunakan penyemak imbas web, pergi ke Aktiviti Tontonan dalam akaun anda.

  2. Dalam senarai, cari rancangan TV atau filem yang bermasalah dan klik Laporkan Masalah.

  3. Ikut arahan, kemudian klik Laporkan Masalah.

Pasukan kandungan kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin. Buat sementara ini, anda masih boleh menonton rancangan TV dan filem lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila semak Cara melaporkan masalah pada tajuk.

Illustration of a TV with a power button symbol, a power strip, and a 15-second timer, suggesting a restart device process

  1. Matikan peranti anda. Jika peranti anda mempunyai kabel kuasa, cabut palam peranti anda.

  2. Pastikan peranti anda dimatikan sepenuhnya dan bukan dalam mod tidur atau tunggu sedia.

  3. Biarkan peranti anda dimatikan selama 15 saat.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda menerima masalah yang sama dengan rancangan TV atau filem lain, langkau langkah ini.

Jika rancangan TV atau filem lain dimainkan secara normal, anda boleh memberitahu kami tentang masalah tersebut.

  1. Menggunakan penyemak imbas web, pergi ke Aktiviti Tontonan dalam akaun anda.

  2. Dalam senarai, cari rancangan TV atau filem yang bermasalah dan klik Laporkan Masalah.

  3. Ikut arahan, kemudian klik Laporkan Masalah.

Pasukan kandungan kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin. Buat sementara ini, anda masih boleh menonton rancangan TV dan filem lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila semak Cara melaporkan masalah pada tajuk.

  1. Pergi ke skrin utama Netflix dan tekan butang kembali pada alat kawalan jauh anda untuk pergi ke menu.

  2. Jika menu berada di bahagian atas: Pergi ke sebelah kiri ikon profil anda, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar, kemudian pilih Ya.

    Jika menu berada di sebelah kiri: Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar dan pilih Ya.

  3. Daftar masuk kembali dan cuba Netflix sekali lagi.

Jika peranti anda berada pada skrin ralat:

  1. Pilih Butiran Lanjut.

  2. Pilih Daftar keluar atau Tetapkan semula.

  3. Daftar masuk kembali dan cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.

Perhatian: Jika anda mempunyai Apple TV, ikut langkah berikut untuk mendaftar keluar.

  1. Tekan dan tahan butang kuasa pada bahagian depan konsol sehingga dimatikan sepenuhnya.

  2. Cabut palam kabel kuasa daripada bahagian belakang konsol untuk memutuskan sambungan bekalan kuasa daripada konsol.

  3. Tekan butang kuasa pada konsol sebanyak lima kali. Tindakan ini akan memastikan sebarang kuasa yang ada dalam bateri sudah habis, lantas mengosongkan cache pada konsol.

  4. Palam masuk kabel kuasa semula ke dalam konsol.

  5. Hidupkan konsol menggunakan butang kuasa.

  6. Cuba Netflix sekali lagi.

Mungkin terdapat masalah pada sambungan antara peranti anda dengan TV.

Untuk menyelesaikan masalah:

  1. Pastikan anda menggunakan kabel HDMI.

  2. Cuba terbalikkan hujung kabel HDMI tersebut.

  3. Pintas sebarang penerima atau sistem bunyi yang digunakan dengan menyambungkan peranti anda terus pada TV anda menggunakan kabel HDMI.

  4. Cuba sambung pada port HDMI yang berlainan pada TV anda.

  5. Cuba kabel HDMI baharu.

  6. Jika tersedia, cuba port HDMI pada TV lain.

    • Jika anda dapat melakukan penstriman pada TV lain, mungkin terdapat masalah dengan port HDMI pada TV asal. Hubungi pengeluar TV untuk mendapatkan bantuan.

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan