Cara menggunakan bunyi keliling 5.1 pada Netflix

Anda boleh menonton rancangan TV dan filem terpilih di Netflix dengan bunyi keliling 5.1. Tajuk yang tersedia dengan bunyi keliling 5.1 akan sama ada memaparkan ikon Dolby Digital Plus atau ikon 5.1 pada halaman perihalan filem.

Untuk menstrim dengan bunyi keliling 5.1, anda memerlukan:

  • Sistem audio yang didayakan bunyi keliling 5.1.

  • Peranti yang didayakan Netflix dengan sokongan bunyi keliling 5.1.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Sederhana, Tinggi atau Auto.

Jika anda memenuhi keperluan ini tetapi tidak menerima bunyi keliling 5.1, rujuk langkah penyelesaian masalah.

Artikel Berkaitan