Netflix menyatakan 'Sambungan Anda Bukan Peribadi'

Jika anda melihat mesej pada komputer anda yang menyatakan

Sambungan anda bukan peribadi

Hal ini biasanya bermaksud komputer anda tidak dapat mengakses Netflix disebabkan masalah rangkaian. Ikut langkah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Pulihkan tetapan sambungan lalai anda

Jika anda telah menukar tetapan sambungan pada peranti anda, anda perlu menukar semula tetapan kepada lalai.

Tetapan tersebut mungkin termasuk:

  • Tetapan modem tersuai.

  • Rangkaian Persendirian Maya (VPN) atau tetapan perkhidmatan proksi.

  • Tetapan DNS tersuai.

Jika anda memerlukan bantuan untuk menukar tetapan ini, hubungi pengeluar peranti.

Setelah anda menetapkan semula tetapan tersebut, cuba Netflix sekali lagi.

Langkah seterusnya yang perlu dilakukan

Jika langkah di atas tidak berfungsi, mungkin terdapat perisian hasad pada komputer atau rangkaian rumah anda. Perisian hasad boleh cuba mengubah hala anda dari laman web Netflix atau mendapatkan butiran akaun Netflix anda. Sebelum anda boleh menggunakan Netflix, apa-apa perisian hasad yang sedia ada seharusnya dialih keluar. Dapatkan bantuan daripada pengeluar komputer anda atau pakar IT.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keselamatan dan Netflix, lihat Cara melindungi akaun anda.

Artikel Berkaitan