Senarai 10 Teratas tidak ditunjukkan

10 Rancangan TV Teratas dan 10 Filem Teratas ialah senarai yang dipaparkan pada skrin utama Netflix dan dikemas kini setiap hari untuk menunjukkan rancangan yang paling popular di Netflix. Jika tersedia di rantau anda, senarai 10 Teratas akan dipaparkan secara automatik pada peranti anda dan menunjukkan rancangan yang paling kerap ditonton di negara anda. Senarai 10 Teratas juga tersedia di top10.netflix.com dan dikemas kini setiap minggu.

Jika anda tidak melihat senarai 10 Teratas pada peranti anda, ikut langkah ini untuk menyelesaikan masalah.

Senarai 10 Teratas tidak tersedia dalam apl Netflix untuk Apple TV atau komputer Windows.

Senarai 10 Teratas mungkin tidak dipaparkan jika anda menggunakan VPN yang menukar negara atau lokasi Internet anda. Ketahui lebih lanjut tentang penggunaan VPN dengan Netflix.

Perhatian: Sesetengah perisian antivirus disertakan dengan VPN yang mungkin telah dihidupkan. Untuk mengetahui lebih lanjut atau mendapatkan bantuan, hubungi penyedia perisian antivirus anda.

Jika anda menggunakan VPN, cuba matikan VPN.

Jika anda tidak pasti sama ada VPN dihidupkan, ikut langkah berikut.

  1. Buka penyemak imbas web pada peranti yang disambungkan kepada rangkaian yang sama dengan peranti yang mengalami masalah.

  2. Layari fast.com. Netflix akan memulakan ujian sambungan.

  3. Apabila ujian selesai, klik Tunjukkan maklumat lanjut.

  4. Di sebelah Klien, perhatikan butiran negara.

  5. Jika negara tidak sepadan dengan lokasi anda, maka VPN telah dihidupkan pada peranti atau rangkaian anda. Cuba matikan VPN, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

Beberapa perkara untuk diambil perhatian:

  • Khidmat Pelanggan Netflix tidak dapat membantu anda berkenaan dengan VPN kerana langkah adalah berbeza bagi setiap VPN. Jika anda memerlukan bantuan, hubungi penyedia VPN anda.

  • Jika anda telah mematikan VPN tetapi masalah masih tidak selesai, atau lokasi pada fast.com sepadan dengan lokasi anda, teruskan ke langkah di bawah.

Senarai 10 Teratas mungkin tidak dipaparkan jika rancangan TV atau filem dalam senarai mempunyai klasifikasi kematangan yang tidak dibenarkan atau disekat oleh tetapan profil Netflix anda.

Anda boleh menukar klasifikasi kematangan yang dibenarkan bagi profil anda dan kawalan ibu bapa lain daripada bahagian tetapan profil akaun anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, pergi ke Kawalan ibu bapa di Netflix.

Senarai 10 Teratas mungkin tidak dipaparkan jika apl Netflix pada peranti anda bukan merupakan versi terkini.

Untuk mengemas kini apl, ikut langkah bagi peranti anda.

Langkah untuk mengemas kini apl atau perisian adalah berlainan bagi setiap jenama atau model TV atau peranti penstriman. Kebanyakan peranti menerima kemas kini apl secara automatik tetapi lazimnya, anda boleh mengemas kini apl atau perisian daripada menu Tetapan atau Sistem.

Untuk mengetahui langkah mengemas kini apl pada TV atau peranti penstriman anda, semak manual yang disertakan bersama atau hubungi syarikat yang menghasilkan peranti anda.

Semak kemas kini perisian tegar
  1. Tekan butang Laman Utama pada alat kawalan jauh Amazon Fire TV anda.

  2. Pada sebelah kanan skrin, pilih Tetapan .

  3. Pilih My Fire TV.

  4. Pilih Perihal.

  5. Pilih Semak Kemas Kini .

  6. Cuba Netflix sekali lagi.

    Perhatian: Anda mungkin perlu memasang berbilang kemas kini untuk mendapatkan versi perisian tegar yang terkini.

Kemas kini apl Netflix
  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka halaman Netflix di Play Store.

  2. Ketik Kemas kini.

Perhatian: Jika anda tidak melihat pilihan ini, maka apl anda adalah terkini.

Penyelesaian masalah

Kemas kini apl Netflix
  1. Pergi ke skrin utama, kemudian pilih App Store.

  2. Ketik Cari dan masukkan "Netflix".

  3. Dalam senarai, cari dan ketik Netflix, kemudian ketik Kemas Kini. Anda mungkin perlu memasukkan Apple ID dan kata laluan anda. Jika anda terlupa ID dan kata laluan, ikut langkah Apple untuk menetap semulanya.

  4. Apabila kemas kini selesai, cuba Netflix sekali lagi.

Kemas kini apl Netflix
  1. Pergi ke skrin utama, kemudian ketik Appstore.

  2. Di bahagian atas kiri, ketik Menu, kemudian ketik Kemas Kini Apl.

  3. Dalam senarai, cari apl Netflix dan ketik Kemas Kini. Jika apl Netflix tidak disenaraikan, maksudnya versi apl adalah terkini.

  4. Selepas kemas kini selesai, ketik Buka dan cuba Netflix sekali lagi.

Artikel Berkaitan