Jika anda tidak mendengar rancangan atau filem Netflix kerana kelantangan terlalu rendah, anda boleh melaraskan kelantangan pada peranti anda agar dapat mendengar dengan lebih baik.
Jika langkah itu tidak berjaya, semak peranti anda di bawah dan ikut langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tekan butang Menu pada alat kawalan jauh TV Samsung anda.
Pilih Bunyi.
Pilih Tetapan Tambahan.
Jika anda tidak dapat melihat Tetapan Tambahan, pilih Tetapan Pembesar Suara.
Tetapkan Kelantangan Automatik kepada Normal.
Cuba Netflix sekali lagi.
Mungkin terdapat masalah pada sambungan antara peranti anda dengan TV.
Untuk menyelesaikan masalah:
Pastikan anda menggunakan kabel HDMI.
Cuba terbalikkan hujung kabel HDMI tersebut.
Pintas sebarang penerima atau sistem bunyi yang digunakan dengan menyambungkan peranti anda terus pada TV anda menggunakan kabel HDMI.
Cuba sambung pada port HDMI yang berlainan pada TV anda.
Cuba kabel HDMI baharu.
Jika tersedia, cuba port HDMI pada TV lain.
Jika anda dapat melakukan penstriman pada TV lain, mungkin terdapat masalah dengan port HDMI pada TV asal. Hubungi pengeluar TV untuk mendapatkan bantuan.
Jika anda menggunakan peranti pendengaran bantu atau set kepala penjelas suara semasa menonton Netflix, anda mungkin perlu melaraskan tetapan output audio peranti penstriman anda kepada Stereo atau output Linear PCM. Untuk bantuan melaraskan tetapan ini, hubungi pengeluar peranti penstriman anda.
Jika anda tidak menggunakan salah satu daripada peranti ini, teruskan penyelesaian masalah berikut.
Langkah ini mungkin mengalih keluar apl, data atau tetapan yang disimpan pada peranti anda. Sebelum anda meneruskan proses, pastikan anda menyediakan nama dan kata laluan Wi-Fi anda serta maklumat pendaftaran masuk Netflix.
Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu menghubungi syarikat yang mengeluarkan peranti anda.
Semasa anda bercakap dengan mereka, minta bantuan mereka bagi langkah-langkah ini. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi untuk menyemak jika langkah tersebut dapat menyelesaikan masalah.
Kemas kini perisian tegar atau perisian peranti anda kepada versi terkini.
Pulihkan peranti anda kepada tetapan asal, sepertimana anda mula-mula mendapat peranti tersebut.
Jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah atau langkah ini tidak berjaya, anda perlu menggunakan peranti lain untuk menonton Netflix.
Pasang semula apl Netflix
Pada skrin utama, navigasi ke Tetapan.
Pilih Storan.
Cari pilihan untuk Memasang Apl yang Disokong pada Kad SD Anda dan matikannya.
Kembali ke skrin utama dan pilih Appstore.
Di sudut atas kanan, ketik ikon kanta pembesar.
Taipkan "Netflix" dalam bar carian dan pilih ikon Cari.
Pilih Netflix daripada hasil carian.
Pilih Muat Turun, Pasang atau Dapatkan Apl.
Apabila apl dimuat turun, pilih Buka dan cuba Netflix sekali lagi.
Jika peranti anda disambungkan terus kepada TV anda, semak pilihan audio apl Netflix anda. Jika bunyi keliling (5.1) dipilih, cuba buat penukaran kepada Stereo . Jika anda tidak pasti cara untuk menukar tetapan audio apl Netflix anda, lawati artikel audio alternatif kami.
Jika penukaran kepada stereo menyelesaikan masalah audio anda, peralatan anda mungkin tidak serasi dengan bunyi keliling. Hubungi pengeluar peranti anda untuk bantuan sekiranya anda yakin peralatan anda serasi dengan audio 5.1.
Perhatian:Jika anda perlu mengubah tetapan audio anda kepada stereo setiap kali anda memainkan filem atau rancangan TV, mungkin terdapat tetapan pada peranti anda yang menyebabkannya menjadi audio 5.1 secara lalai. Hubungi pengeluar peranti anda bagi bantuan untuk menyelaraskan tetapan ini kepada audio stereo secara lalai.
Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.