Ralat Netflix ui-800-3
Jika kod ralat yang ditunjukkan pada peranti anda juga mempunyai nombor dalam kurungan ( ), cari kod ralat yang sepadan tersebut dalam Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan langkah yang betul. Contoh: ui-800-3 (123456)
Jika kod ralat pada peranti anda hanya menunjukkan ui-800-3, hal ini bermaksud maklumat yang disimpan pada peranti anda perlu disegar semula atau terdapat masalah rangkaian yang menghentikan Netflix daripada dibuka.
Untuk menyelesaikan masalah, ikut langkah untuk peranti anda.
Matikan peranti anda.
Perhatian:Jika anda tidak pasti sama ada peranti anda dimatikan sepenuhnya atau jika anda tidak menemui butang kuasa, sila cabut palam kabel kuasa.
Matikan peranti anda selama sekurang-kurangnya 30 saat.
Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Matikan peranti anda, atau cabut palam modem dan penghala anda daripada kuasa.
Selepas 30 saat, pasangkan palam modem dan penghala anda.
Tunggu 1 minit, kemudian matikan peranti anda.
Cuba Netflix sekali lagi.
Perhatian: Sesetengah peranti, modem dan penghala mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyambung semula kepada Internet.
Pergi ke skrin utama Netflix dan tekan butang kembali
pada alat kawalan jauh anda untuk pergi ke menu.Jika menu berada di bahagian atas: Pergi ke sebelah kiri ikon profil anda, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar, kemudian pilih Ya.
Jika menu berada di sebelah kiri: Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar dan pilih Ya.
Daftar masuk kembali dan cuba Netflix sekali lagi.
Jika peranti anda berada pada skrin ralat:
Pilih Butiran Lanjut.
Pilih Daftar keluar atau Tetapkan semula.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan atau Daftar keluar:
Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.
Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.
Perhatian: Jika anda mempunyai Apple TV, ikut langkah berikut untuk mendaftar keluar.
Jika langkah di atas tidak berfungsi, ikut langkah bagi peranti anda.
Pergi ke menu utama, kemudian pilih Tetapan.
Pilih Rangkaian > Sediakan Sambungan Internet.
Pilih jenis sambungan yang anda gunakan:
Bagi Gunakan Wi-Fi pilih Tersuai, kemudian pilih rangkaian Wi-Fi anda.
Bagi Gunakan Kabel LAN pilih Tersuai > Mod operasi.
Apabila anda meneruskan tetapan seterusnya, buat pilihan yang berikut:
Tetapan Alamat IP > Automatik
Hos DHCP > Jangan Tentukan
Tetapan DNS > Automatik
Pelayan Proksi > Jangan Guna
Tetapan MTU > Automatik
Pilih Uji Sambungan.
Cuba Netflix sekali lagi.
Mulakan daripada skrin utama PS4.
Jika anda belum berada pada menu utama, tahan butang PS di bahagian tengah alat kawalan, pilih Tutup Aplikasi, kemudian pilih OK.
Navigasi ke bahagian TV dan Video dan serlahkan Netflix.
Tekan butang Pilihan pada alat kawalan.
Pilih Padam.
Pilih OK.
Perhatian:Pemadaman apl Netflix tidak akan mengalih keluar ikon Netflix daripada skrin utama PS4 anda.
Pilih ikon Netflix. Gedung PlayStation akan dilancarkan.
Pilih ikon Muat Turun.
Apabila Netflix telah habis dimuat turun, pilih Mula.
Daftar masuk ke akaun Netflix anda dan cuba strim sekali lagi.
Anda mungkin digesa untuk daftar masuk ke akaun Rangkaian PlayStation (PSN) anda terlebih dahulu.
Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.
ISP anda boleh:
Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.
Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.
Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.
Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:
Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.
Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.
Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:
Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.
Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.
Tekan butang Guide pada alat kawalan anda.
Pergi ke Tetapan dan pilih Tetapan Sistem.
Pilih Tetapan Rangkaian.
Pilih rangkaian anda, kemudian pilih Konfigurasikan Rangkaian.
Pilih Tetapan DNS dan pilih Automatik.
Matikan dan hidupkan semula Xbox anda.
Cuba Netflix sekali lagi.
Nyahpasang Netflix
Pergi ke Papan Pemuka Xbox 360, kemudian pergi ke Apl.
Pilih Apl Saya, kemudian serlahkan apl Netflix.
Tekan butang X, kemudian pilih Padam > Ya.
Pasang Semula Netflix
Pada Papan Pemuka Xbox 360, pergi ke Apl.
Pilih Netflix untuk mendapatkan apl.
Cuba Netflix sekali lagi.
Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.
ISP anda boleh:
Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.
Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.
Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.
Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:
Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.
Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.
Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:
Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.
Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.
Tekan butang Xbox untuk membuka Panduan.
Pada menu Profil & sistem, pilih Tetapan.
Pilih Umum > Tetapan Rangkaian > Tetapan Lanjutan > Tetapan DNS.
Pilih Automatik.
Cuba Netflix sekali lagi.
Nyahpasang apl Netflix:
Mulakan daripada Papan Pemuka Xbox.
Pilih Permainan & Apl Saya.
Perhatian:Anda mungkin perlu tatal ke bawah untuk melihat pilihan ini.
Pilih Apl daripada pilihan di sebelah kiri.
Serlahkan apl Netflix dan tekan butang Menu pada alat kawalan.
Pilih Urus Apl.
Pilih Nyahpasang Semua.
Pilih Nyahpasang Semua sekali lagi untuk membuat pengesahan.
Muat turun semula apl Netflix:
Mula daripada skrin Utama pada Xbox One anda.
Tatal kanan untuk mengakses Gedung.
Dalam bahagian Apl, pilih Netflix.
Perhatian:Jika anda tidak dapat melihat Netflix, pilih Cari semua apl untuk mencari Netflix.
Pilih Pasang.
Apabila apl selesai dimuat turun, pilih Lancarkan untuk daftar masuk dan cuba Netflix sekali lagi.
Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.
ISP anda boleh:
Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.
Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.
Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.
Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:
Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.
Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.
Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:
Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.
Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.
Cabut palam peranti anda daripada kuasa.
Tekan sekali butang kuasa pada peranti dan tunggu 1 minit, atau cabutkan palam peranti dan tunggu 3 minit.
Pasang semula peranti anda.
Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Matikan peranti anda, atau cabut palam modem dan penghala anda daripada kuasa.
Selepas 30 saat, pasangkan palam modem dan penghala anda.
Tunggu 1 minit, kemudian matikan peranti anda.
Cuba Netflix sekali lagi.
Perhatian: Sesetengah peranti, modem dan penghala mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyambung semula kepada Internet.
Pergi ke skrin utama Netflix dan tekan butang kembali
pada alat kawalan jauh anda untuk pergi ke menu.Jika menu berada di bahagian atas: Pergi ke sebelah kiri ikon profil anda, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar, kemudian pilih Ya.
Jika menu berada di sebelah kiri: Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Daftar keluar dan pilih Ya.
Daftar masuk kembali dan cuba Netflix sekali lagi.
Jika peranti anda berada pada skrin ralat:
Pilih Butiran Lanjut.
Pilih Daftar keluar atau Tetapkan semula.
Daftar masuk kembali dan cuba Netflix sekali lagi.
Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan atau Daftar keluar:
Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.
Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.
Perhatian: Jika anda mempunyai Apple TV, ikut langkah berikut untuk mendaftar keluar.
Jika anda telah menukar tetapan sambungan pada peranti anda, anda perlu menukar semula tetapan kepada lalai.
Tetapan tersebut mungkin termasuk:
Tetapan modem tersuai.
Rangkaian Persendirian Maya (VPN) atau tetapan perkhidmatan proksi.
Tetapan DNS tersuai.
Jika anda memerlukan bantuan untuk menukar tetapan ini, hubungi pengeluar peranti.
Setelah anda menetapkan semula tetapan tersebut, cuba Netflix sekali lagi.
Jika kod ralat yang ditunjukkan pada peranti anda juga memaparkan nombor dalam kurungan ( ), cuba cari kod ralat tersebut atau masalah yang anda hadapi dalam Pusat Bantuan kami. Mungkin terdapat artikel dengan langkah yang boleh menyelesaikan masalah anda.
Jika langkah tersebut tidak menyelesaikan masalah atau tiada artikel yang sepadan dengan masalah anda, hubungi Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan bantuan lanjut.