Mengapakah sesetengah episod atau musim dalam tertib terbalik?

Walaupun kebanyakan rancangan TV di Netflix bermula dengan episod dan musim pertama, sesetengah tajuk mempunyai musim yang diterbalikkan, jadi anda bermula dengan menonton musim yang terkini. Tetapan ini dibuat untuk siri dengan musim yang tersendiri atau yang tidak memerlukan anda menonton musim yang dahulu untuk menikmati musim yang terkini.

Jika anda ingin bermula dengan musim pertama, pergi ke Episod dan banyak lagi atau Episod dan Maklumat pada tajuk tertentu, kemudian pilih Musim 1.

Selepas habis menonton musim pertama rancangan TV dalam tertib terbalik, anda perlu memilih musim seterusnya yang anda mahu tonton secara manual kerana tertib lalai mungkin berubah.

Sesetengah rancangan TV dengan musim tertib terbalik juga akan melangkau episod yang telah anda tonton dalam sesebuah musim. Anda boleh memulakan semula episod ini atau membuangnya daripada aktiviti tontonan anda untuk menonton sekali lagi.

Artikel Berkaitan